Gerakan buruh baru rangkum pelbagai pekerja
Chun Sing: Pergerakan baru perlu untuk tangani perubahan model ekonomi dan keperluan pekerja
Apr 29, 2016 | 05:30 AM
SEBUAH pergerakan buruh baru telah diperkenal bagi memperluas khidmat untuk merangkumi golongan pekerja yang pelbagai.
Menurut Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Chan Chun Sing, semasa bertemu media semalam, pergerakan baru itu akan mempunyai empat cabang.