Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gerakan buruh ingin kesejahteraan pekerja kesihatan dipertingkat

May 22, 2021 | 05:30 AM



PEMIMPIN kesatuan telah mengumpulkan maklum balas daripada pekerja kesihatan di tengah-tengah peningkatan bilangan kes Covid-19 baru-baru ini dan akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan (MOH) serta pengurusan hospital mengenai bagaimana menjaga kesejahteraan mereka dalam tempoh sukar ini.



"Kami akan berbincang dengan mereka tentang bagaimana kita dapat meningkatkan lagi proses dan menyokong langkah-langkah untuk menjaga kesejahteraan pekerja barisan hadapan kita, bukan sahaja di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) tetapi di pelbagai institusi kesihatan lain," tulis Encik Chee Hong Tat di Facebook.



Encik Chee merupakan Timbalan Ketua Setiausaha Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).



Beliau, yang juga penasihat Kesatuan Pekerja Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan (HSEU), telah mengadakan dialog dalam talian pada Rabu dengan anggota kesatuan pekerja dan kakitangan TTSH.



Ini berikutan laporan bahawa pekerja penjagaan kesihatan termasuk mereka yang bertugas di TTSH telah berdepan dengan diskriminasi daripada orang awam setelah wujudnya kelompok Covid-19 di TTSH pada 28 April lalu.



Beberapa kes juga dikesan di hospital lain seperti Hospital Raffles dan Hospital Besar Sengkang.



Sebagai tanda terima kasih kepada pekerja penjagaan kesihatan, NTUC telah memulakan inisiatif mengedarkan 12,000 pek peduli kepada mereka.



Pek tersebut mengandungi minuman dan snek seperti kopi segera, Milo dan biskut.



Inisiatif itu turut melibatkan FairPrice dan HSEU.



Encik Chee dan ketua pegawai eksekutif kumpulan FairPrice, Encik Seah Kian Peng menyampaikan kumpulan pek peduli pertama kepada presiden HSEU Cik K. Thanaletchimi di ibu pejabat kesatuan itu di Jalan Bukit Pasoh kelmarin untuk melancarkan inisiatif tersebut secara rasmi.



Sukarelawan daripada HSEU, NTUC Club dan Young NTUC juga akan terlibat dalam membungkus pek-pek itu, bermula awal Jun ini.



HSEU akan menguruskan pembahagian pek tersebut.



Pek peduli itu akan membantu meningkatkan semangat pekerja penjagaan kesihatan, kata Cik Thanaletchimi.



"Sejak wabak Covid-19, kesatuan telah menerima beberapa laporan tentang pekerja penjagaan kesihatan kami yang berdepan dengan diskriminasi.



"Namun, terdapat juga ramai yang lain yang telah ke hadapan untuk menunjukkan penghargaan mereka melalui kata-kata perangsang dan perbuatan yang baik.



"Kami galakan lebih ramai orang menyebarkan kebaikan; kita semua melalui krisis global ini bersama dan hanya dengan membantu satu sama lain lah kita dapat bangkit lebih kuat," ujarnya.



Sementara itu, Encik Chee berkata Covid-19 telah menunjukkan peranan penting yang dimainkan pekerja penjagaan kesihatan dalam melindungi kesihatan dan keselamatan warga Singapura.



"Saya berterima kasih kepada ramai warga Singapura yang telah menunjukkan sokongan dan penghargaan kepada pekerja penjagaan kesihatan kita.



"Pada masa akan datang apabila anda berjumpa mereka di estet kejiranan anda, ucapkan terima kasih kepada mereka atas kerja keras yang telah dilakukan dan beri mereka kata-kata perangsang.



"Perbuatan baik yang mudah seperti ini amat bermakna dalam menunjukkan kepada orang yang menjaga kita bahawa kita juga peduli terhadap mereka," kata Encik Chee.




"Kami akan berbincang dengan mereka (Kementerian Kesihatan) tentang bagaimana kita dapat meningkatkan lagi proses dan menyokong langkah-langkah untuk menjaga kesejahteraan pekerja barisan hadapan kita, bukan sahaja di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) tetapi di pelbagai institusi kesihatan lain."
- Encik Chee Hong Tat di Facebook.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >