Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Gerakan buruh sedia bantu golongan PME yang berumur 50-60 tahun

Apr 30, 2021 | 05:30 AM



KONGRES Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) bersedia untuk mewakili dan melakukan lebih banyak usaha untuk membantu golongan karyawan, pengurus dan eksekutif (PME), khususnya mereka berusia 50 hingga 60 tahun dan tersisih.



Namun untuk berbuat demikian, golongan itu harus tampil ke depan dan menyertai kesatuan, gesa Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng.



Ini memandangkan tahap kesedaran PME mengenai peranan NTUC sebagai sebuah kesatuan amat rendah, menurut satu tinjauan oleh Pasukan Bertindak PME NTUC-Persekutuan Majikan Nasional Singapura (Snef), yang ditubuhkan Oktober lalu.



Bercakap dalam satu sesi perkongsian dengan media, Encik Ng menarik perhatian terdapat fenomena baru yang lebih ramai PME berusia di antara 50 tahun dengan 60 tahun, semakin bimbang tentang jaminan, peluang dan perkembangan pekerjaan mereka disebabkan faktor usia yang bertambah lanjut.



"Fenomena ini boleh dikatakan tidak pernah berlaku pada masa lalu sebab pekerja lebih berumur adalah pekerja biasa manakala PME adalah pekerja muda.



"Jadi NTUC tidak pernah harus mewakili mereka, namun memandang ke hadapan, jurang ini akan meningkat," ujar Encik Ng.



Ini sebabnya Pasukan Bertindak PME telah mendekati ramai PME sekarang untuk membuat penilaian tentang bidang bantuan dan sokongan yang diperlukan. Sejak ditubuhkan ia sudah mendekati hampir 8,000 PME.



Encik Ng menarik perhatian hasil tinjauan ke atas 1,000 PME menunjukkan 88 peratus mahu sebuah persatuan menjadi suara PME dan menyuarakan masalah mereka.



Tetapi sekitar 58 peratus tidak maklum tentang peranan NTUC, dan 43.2 peratus tidak fikir yang mereka boleh atau tidak pasti bahawa mereka boleh menyertai kesatuan.



"Banyak lagi yang NTUC harap dan mahu lakukan untuk PME kita, khususnya PME matang, dari segi mewakili mereka dan menolong mereka dalam pekerjaan dan kita perlu bertindak cepat dan bertindak sekarang.



"Tetapi hakikatnya, kita perlukan lebih banyak PME untuk menyertai kesatuan bagi mencapai suara perwakilan lebih kukuh," tekan Encik Ng.



Dalam hal ini, Pasukan Bertindak PME akan membentangkan saranannya kepada pemerintah menjelang akhir tahun ini.



Ini termasuk mengenal pasti sektor atau bidang kerja tertentu seperti penyumberan manusia (HR) untuk pekerja tempatan serta menghasilkan pakej atau produk insurans untuk menolong pekerja yang dalam tempoh peralihan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >