Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gerakan 'Digital Sepanjang Hayat' dilancar

Presiden Halimah: Inisiatif sejajar fokus Cabaran Presiden 2021 untuk bina masyarakat inklusif digital
Feb 09, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH gerakan nasional baru, Digital for Life atau Digital Sepanjang Hayat, telah dilancarkan Presiden Halimah Yacob semalam, dalam usaha mendorong warga Singapura mendakap gaya hidup digital.



Gerakan itu sejajar dengan fokus Cabaran Presiden tahun ini untuk membina masyarakat inklusif secara digital, umum Puan Halimah di pelancaran Cabaran Presiden 2021 semalam.



Sebagai sebahagian gerakan itu, sebuah dana baru juga telah ditubuhkan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).



Dana Digital Sepanjang Hayat itu bertujuan menyokong projek dan kegiatan berkaitan digital yang dimulakan masyarakat.



Dana tersebut akan merangkumi pendanaan awal bernilai $2.5 juta yang dibiayai Cabaran Presiden.



Pemerintah akan memadankan setiap dolar daripada dana yang disumbangkan masyarakat.



Dana itu disasarkan meningkat kepada $10 juta dalam tempoh tiga tahun mendatang, kata IMDA dan Cabaran Presiden dalam satu kenyataan bersama semalam.



Dalam ucapannya di pelancaran Cabaran Presiden semalam, Puan Halimah, yang juga penaung gerakan Digital Sepanjang Hayat, akur pandemik Covid-19 telah mempercepatkan usaha pendigitalan di negara ini.



Ini dengan lebih banyak perniagaan beranjak ke dalam talian dan menggunakan wadah digital seperti e-pembayaran dan alat persidangan video.



Bagaimanapun, beliau berkata pandemik ini juga telah membawa ancaman memperluaskan jurang digital.



"Mereka yang tidak biasa dengan alat teknologi ini atau tiada akses kepadanya akan menghadapi cabaran dalam perjalanan pendigitalan mereka," katanya lagi.



"Lebih banyak risiko daripada bidang digital akan timbul, membahayakan mereka yang tidak tahu mengenal pasti atau mengurangkan risikonya."



Puan Halimah menggesa sumbangan usaha seluruh masyarakat dalam membina masyarakat inklusif secara digital di sini supaya semua lapisan masyarakat dapat memanfaatkan peluang teknologi digital yang ada dan "tiada sesiapa yang ketinggalan".



"Sedang landskap digital berubah dengan pantas, kita perlu seluruh masyarakat untuk tampil bersama membina dan memperkukuhkan daya tahan digital kita.



"Untuk melakukan sedemikian, kita perlu memahami dan secara kolektif mengemukakan keperluan digital segmen berbeza masyarakat kita.



"Hanya kemudian, kita dapat mencapai lebih dekat kepada visi kita untuk menjadi masyarakat inklusif secara digital," kata Puan Halimah di acara yang berlangsung di Pusat Kegiatan Warga Emas NTUC Health di Taman Jurong.



Selain fokus kepada membina masyarakat inklusif secara digital, Cabaran Presiden tahun ini juga akan mengumpul dana untuk manfaat 92 agensi.



Jumlah agensi ini adalah yang tertinggi dalam sejarahnya.



Dana dikutip bertujuan membantu golongan rentan mengharungi waktu-waktu sukar yang disebabkan oleh pandemik yang berterusan.



Sumbangan itu akan disalurkan kepada program-program seperti Keluarga Bersedia Digital Khidmat Masyarakat TOUCH, yang menyokong keluarga berpendapatan rendah menggunakan teknologi digital secara berkesan.



Laporan lain:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >