Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gerakan nasional 'Digital Sepanjang Hayat' dilancar, sejajar fokus Cabaran Presiden bina masyarakat inklusif digital

Feb 08, 2021 | 07:41 PM



SEBUAH dana telah dibentuk sebagai sebahagian gerakan nasional baru bagi melengkapi semua warga Singapura dengan kemahiran digital dan membantu merapatkan jurang digital.



Gerakan dan Dana Digital Sepanjang Hayat (Digital For Life) telah dilancarkan Presiden Halimah Yacob pada Isnin (8 Februari).



Ia mempunyai dana awal $2.5 juta yang disalur Cabaran Presiden dan disasarkan untuk bertambah hingga $10 juta dalam tempoh tiga tahun mendatang, bagi kegunaan projek yang diusulkan masyarakat serta menggalak orang ramai memanfaatkan teknologi digital. 



Dana ini yang dibangunkan Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA) akan juga menyokong kegiatan yang menggalak tabiat digital yang baik seperti dalam bidang keselamatan siber dan celik media.



Dana Masyarakat akan membantu memudahkan sumbangan masyarakat kepada dana ini dengan pemerintah memberi tokokan sumbangan sedolar bagi setiap dolar yang didermakan.



Puan Halimah, sebagai penaung gerakan ini, berkata pandemik yang melanda mengancam memperluas lagi jurang digital ini, sedang ia menyegerakan usaha pendigitalan dengan perniagaan beralih ke dalam talian dan lebih banyak yang menggunakan kaedah digital seperti e-bayaran atau peralatan sidang video.



Mereka yang tidak mesra dengan penggunaan peralatan teknologi atau tiada akses menggunakan alat canggih ini akan berdepan dengan cabaran dalam "perjalanan pendigitalan", tambah Puan Halimah. Kehidupan manusia juga akan terancam jika mereka tidak tahu mengenal pasti atau mengurangkan risiko yang ada dalam domain digital.



"Sedang landskap digital berubah pesat, kita memerlukan seisi masyarakat agar bersatu dalam membina dan memperkukuh ketahanan digital kita.



"Bagi melaksanakan usaha ini, kita perlu memahami dan secara kolektif menangani keperluan digital lapisan berbeza masyarakat kita," kata Puan Halimah yang mengumumkan gerakan Digital Sepanjang Hayat di acara pelancaran Cabaran Presiden tahun ini.



Acara ini berlangsung di Pusat Kegiatan Warga Emas NTUC Health di Taman Jurong.



Menulis di laman Facebooknya selepas acara itu, Puan Halimah berkata kisah warga emas seperti Cik Patsy Low Eng Guat, 69 tahun, yang menetap di Taman Jurong, adalah sebab mengapa beliau mengkhususkan tumpuan Cabaran Presiden tahun ini kepada usaha membangun masyarakat yang inklusif secara digital.



"Cik Patsy Low sukar mengunjungi secara tetap anggota keluarga yang menetap di Bedok memandangkan wujud jarak antara mereka. Ia menjadi lebih mencabar melakukan demikian sejak tahun lalu kerana pandemik Covid-19.



"Mujurlah, Cik Low mengambil langkah menyertai Kumpulan Pembelajaran Digital di Pusat Kegiatan Warga Emas berhampiran rumahnya, di mana beliau mempelajari kemahiran digital daripada sukarelawan dan juga mempelajari cara menggunakan aplikasi seperti WhatsApp, Facebook dan Google.



"Beliau dengan yakin kini menggunakan WhatsApp untuk berbual dengan anggota keluarganya itu secara kerap menerusi panggilan video," jelas Puan Halimah.



Menurutnya lagi, sedang masyarakat Singapura memanfaatkan peluang yang wujud dari teknologi digital, usaha memastikan semua lapisan masyarakat dapat memanfaatkan kemahiran ini tanpa ada yang ketinggalan harus digerakkan.



Cabaran Presiden, katanya, akan melengkapi warga emas dan golongan memerlukan dengan peralatan digital, kemahiran dan penyambungan agar mereka kekal aktif secara sosial dan ekonomi.



Gerakan amal ini, tambah Puan Halimah, akan mengumpul dana buat jumlah rekod 92 agensi penerima bantuan yang khususnya terjejas dek kesukaran pandemik Covid-19.



Dana yang dikumpulkan akan disalurkan kepada agensi seperti pertubuhan tidak mengaut untung Touch Community Services yang mempunyai program bagi membantu keluarga berpendapatan rendah menggunakan teknologi digital secara berkesan.



Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S. Iswaran, yang menghadiri acara ini, berharap gerakan ini akan membantu mempertingkat kesedaran tentang pelbagai program dan inisiatif pendigitalan seperti program 'Seniors Go Digital' yang telah membantu lebih 60,000 warga emas memanfaatkan kaedah e-bayaran.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >