Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN PENILAIAN ANCAMAN PENGGANASAN

Gerakan SGSecure cara masyarakat gembleng tenaga lindungi negara

Jun 24, 2021 | 05:30 AM



GERAKAN SGSecure adalah satu cara untuk masyarakat bergabung tenaga untuk memerangi pengganasan dan melindungi Singapura serta cara hidup kita.



Justeru, orang awam diingatkan supaya kekal berwaspada dan melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai tanda-tanda mereka yang menjadi radikali, serta objek dan orang yang mencurigakan serta bersedia sekiranya berlaku serangan pengganasan di dalam negeri, kata Laporan Penilaian Ancaman Pengganasan Singapura 2021.



Dalam laporan itu, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) menekankan bahawa sementara pemerintah akan terus meningkatkan keupayaan menangani pengganasan, masyarakat mempunyai peranan penting dalam memerangi ancaman sedemikian, khususnya dalam mengesan dan mematahkan serangan yang dilancarkan oleh mereka yang menjadi radikal sendiri.



"Pemerintah akan terus merangsang keupayaan menangani pengganasan. Selain daripada respons beroperasi dari pihak berkuasa, respons masyarakat juga kritikal dalam usaha kita memerangi pengganasan," ujar ISD.



Dalam hal ini, gerakan SGSecure yang dilancarkan pada 2016 telah membantu melatih dan menggembeleng masyarakat dalam memerangi pengganasan.



Kata laporan itu, pasukan Home Team telah bekerja rapat dengan agensi kerjasama untuk mendekati pelbagai lapisan masyarakat seperti di kejiranan, sekolah, tempat kerja dan persatuan keagamaan.



"Program SGSecure telah membantu meningkatkan kesedaran mengenai ancaman pengganasan dan meningkatkan kewaspadaan masyarakat.



"Lebih separuh daripada warga Singapura kenal pasti bahawa Singapura adalah satu sasaran bagi serangan pengganasan manakala majoriti warga percaya bahawa mereka memikul tanggungjawab untuk melindungi keselamatan dan pertahanan Singapura dalam memerangi pengganasan," jelas ISD.



Jumlah penduduk yang sudah mengenali atau dilatih dalam kemahiran kesediaan kecemasan telah meningkat sejak SGSecure dimulakan - kepada 62 peratus pada 2019, berbanding 40 peratus pada 2017.



"Walaupun dengan usaha terbaik kami, pihak berkuasa tidak mungkin dapat menyelongkar setiap individu yang radikal.



"Justeru, adalah penting untuk masyarakat kekal berwaspada terhadap tanda-tanda bahawa ada orang di sekitar kita yang mungkin telah menjadi radikal," terang ISD dalam laporan itu.



Ia menambah, meskipun dengan pandemik Covid-19, gerakan SGSecure terus dikembangkan dan digiatkan dengan memperkenal program baru dan latihan dalam talian di samping meneruskan program yang ada dengan langkah pengurusan selamat dikuat kuasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >