Subuh
5:52
Syuruk
7:08
Zuhur
1:13
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Geran $250,000 untuk RRG tangani isu pengganasan dan kendali pusat sumber

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Geran $250,000 untuk RRG tangani isu pengganasan dan kendali pusat sumber

Nov 25, 2014 | 07:04 PM

USAHA Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) menjalankan program membanteras ideologi radikal dan ekstrem bakal diberi suntikan dana masyarakat.

Ini menyusuli langkah Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menawarkan geran $250,000 sepanjang tempoh lima tahun mendatang untuk meyokong program RRG itu.

Sokongan geran sebanyak $50,000 setahun bagi lima tahun itu bakal dimulakan mulai tahun depan.

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, berkata selain memanfaatkan geran Muis, terdapat juga keperluan bagi RRG untuk memikirkan pelan jangka panjang agar ia dapat meneruskan program mencegah penularan fahaman ekstrem.

Dr Yaacob berkata demikian semasa mengadakan kunjungan ke Pusat Sumber dan Kaunseling RRG di Masjid Khadijah hari ini Selasa, bersama beberapa Anggota Parlimen (AP) Melayu termasuk Cik Halimah Yacob, Dr Mohd Maliki Osman dan Encik Hawazi Daipi.

Ikuti laporan lanjut di Berita Harian esok.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3