Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Geran $3.7j bagi 37 projek mesra alam dari Dana Eko SG

May 23, 2021 | 05:30 AM



SEBANYAK 37 projek mesra alam akan menerima geran $3.7 juta di bawah Dana Eko SG, yang ditubuhkan untuk menyokong usaha kemampanan di Singapura, menurut Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, semalam.



Daripada jumlah itu, 25 akan menerima hingga $50,000 setiap satu manakala 12 menerima antara $50,000 hingga $700,000.



Cik Fu mengumumkan demikian dalam ucapan semasa satu forum belia dalam talian anjuran Global Compact Network Singapore, iaitu rangkaian tempatan badan tidak mencari untung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Global Compact.



Antara projek yang terpilih ialah zon kitar semula kendiri yang dimulakan Yayasan Buddha Tzu-Chi, yang bertujuan mengajar orang ramai cara kitar semula dengan betul, dan bengkel membaiki dan guna semula komputer laptop oleh badan tidak mencari untung Engineering Good.



Laptop yang diperbaiki itu diagih kepada Pusat Khidmat Keluarga (FSS) dan golongan kurang bernasib baik.



Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) semalam, projek terpilih dinilai berdasarkan, antara lain, kesan projek itu terhadap sekitaran dan rancangan melibatkan masyarakat serta melaksanakannya.



Dana Eko SG, yang berjumlah $50 juta, dilancarkan November lalu dan telah menerima lebih 200 permohonan daripada individu dan pertubuhan selepas permohonan bagi geran pertamanya dibuka, yang kemudian dilanjutkan kepada akhir Januari.



Dana itu menyokong Pelan Hijau Singapura 2030, yang dilancarkan Februari lalu untuk membawa Singapura ke arah yang lebih mampan.



Ini termasuk rancangan menambah bangunan jimat tenaga serta memperbaiki daya tahan terhadap kesan perubahan iklim, contohnya dengan mendorong lebih banyak penghasilan makanan.



Sementara itu, Cik Fu menggalak peserta dalam forum tersebut supaya melibatkan diri dalam memperjuangkan kemampanan sebagai individu.



Dalam perbincangan tersebut, Cik Fu ditanya bagaimana belia Asean dapat memainkan peranan dalam menyumbang kepada agenda kemampanan.



Cik Fu menjawab: "Mula dengan diri anda sendiri - apa yang anda lihat tidak seharusnya dilakukan, apa yang anda boleh lakukan untuk memperbaiki sekitaran anda? Apa yang anda lihat anda boleh lakukan untuk menyumbang kepada usaha kemampanan?



"Selepas itu anda boleh bergerak ke masyarakat sekeliling anda... dan cari jalan untuk mengajak orang lain mengusahakannya bersama dan bangunkan norma di kawasan anda sendiri."



Individu kemudian boleh menyumbang idea mereka di wadah nasional serta dialog untuk mencipta bersama dasar, tambah beliau.



Selain menggesa individu supaya bertindak, Cik Fu menekankan bahawa secara keseluruhan tindakan global kolektif dan iltizam diperlukan dalam menghadapi perubahan iklim.



Di Asia Tenggara pula, negara-negara perlu bekerjasama untuk merealisasikan matlamat kemampanan sedang rantau ini bangkit semula selepas pandemik Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >