Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:30
Maghrib
7:15
Isyak
8:26

Geran Akhir Tahun Muis bertambah kepada $2.3 juta tahun ini

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Geran Akhir Tahun Muis bertambah kepada $2.3 juta tahun ini

Dec 24, 2017 | 05:30 AM

JUMLAH Geran Akhir Tahun (YEG) Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) yang diberi kepada keluarga berpendapatan rendah bertambah hampir 42 peratus kepada sekitar $2.3 juta tahun ini.

Di bawah YEG tahun ini, 3,765 keluarga meraih bonus dan baucar kembali ke sekolah selain menghadiri kegiatan cuti sekolah.

Untuk tahun ini juga, satu inisiatif perintis di bawah YEG diberi nama Kegiatan Kembali Ke Sekolah telah diperkenal dalam usaha menawarkan program pengayaan seperti perjalanan pembelajaran, kegiatan berkumpulan dan ceramah serta bengkel motivasi.

Ini dilalui 50 kanak-kanak sekolah rendah dan menengah berserta keluarga mereka di acara penyampaian Baucar Kembali Ke Sekolah yang berlangsung di Masjid Al-Muttaqin di Ang Mo Kio Avenue 6 semalam.

Selain menerima baucar bernilai antara $50 dengan $100 daripada Ketua Eksekutif Muis, Encik Abdul Razak Maricar, mereka turut mendapat panduan motivasi menerusi ceramah yang disampaikan oleh Penyelaras Pusat di Yayasan Mendaki, Encik Bakhtiar Anang, dan Pegawai Pembangunan Belia Masjid Al-Muttaqin, Ustaz Muhd Izzuddeen Ismail.

Pengurus Besar Kelompok Masjid Utara Tengah dan juga Pengerusi Masjid al-Muttaqin, Encik Paiman Supangat, dalam ucapan pembukaannya berkata:

"YEG akan dapat membantu dalam perbelanjaan mereka (keluarga penerima) pada awal tahun baru dan semoga ia didukung dengan semangat dan tekad lebih besar untuk masa depan yang lebih baik."

Salah seorang bapa, Encik Rohaizat Mat Rahim, 53 tahun, melahirkan rasa syukur dengan sumbangan yang diterima yang pastinya dapat digunakan sebagai persiapan sekolah yang bakal menjelang.

Seorang ibu, Cik Marnani Manap, 41 tahun, pula berkata sumbangan akhir tahun itu dapat meringankan beban keluarganya, apatah lagi dengan enam anak yang masih bersekolah.

"Apa jua yang diterima saya salurkan semula ke akaun kededua anak saya ini untuk pendidikan mereka pada masa akan datang.

"Mereka semakin membesar, pastinya lebih banyak belanja mereka pada masa akan datang," kata suri rumah itu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3