Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Geran baru $3j tingkat kemahiran pekerja sektor pengangkutan udara, sektor sokongan

Jun 23, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 3,000 pekerja dalam sektor pengangkutan udara dan sektor sokongan dijangka meraih manfaat daripada satu geran baru bernilai $3 juta untuk meningkatkan kemahiran dalam sektor tersebut.



Geran Latihan Semula Kemahiran OneAviation Singapura (Soar) itu dilancarkan oleh Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dan Kelompok Aeroangkasa dan Penerbangan di bawah Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), semalam.



Geran itu menyediakan sokongan dana bagi kursus dan program latihan berkaitan pengangkutan udara - sama ada yang pekerja sendiri mahu menyertainya atau menerusi Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC) yang diusahakan kesatuan bersama pihak pengurusan.



"Latihan itu akan meningkatkan keupayaan pekerja pengangkutan udara yang berkemahiran lebih rendah, melanjutkan kerjaya produktif pekerja lebih berumur, dan menyokong kemajuan kerjaya dan pengekalan bakat sektor," kata CAAS dan NTUC dalam satu kenyataan bersama.



Pekerja dalam bidang yang menyokong sektor pengangkutan udara seperti pekerja pembersihan, pegawai khidmat troli, pegawai landskap, penyelaras teksi, dan pengendali penghantaran kargo, juga akan meraih manfaat daripada geran tersebut.



NTUC juga akan bekerjasama dengan syarikat sektor penerbangan seperti Singapore Airlines, SATS dan SIA Engineering Company yang mempunyai keupayaan latihan sendiri serta persatuan industri yang relevan untuk menjadi penyedia latihan dan menawarkan kursus dan program yang berfaedah kepada pekerja.



Di bawah geran Soar yang akan dikendali NTUC itu, syarikat boleh menerima sehingga $100 bagi setiap hari latihan bagi setiap pekerja setelah tamat kursus atau program itu.



Untuk memberi sokongan tambahan, NTUC juga telah memperuntuk $1.5 juta di bawah dana pendidikan dan latihannya untuk meningkatkan kapasiti latihan bagi syarikat yang berkesatuan.



Syarikat ini boleh memanfaatkan dana tambahan sehingga $50 setiap pekerja setiap hari (dihadkan kepada lima hari).



Kelompok Aeroangkasa dan Penerbangan NTUC serta Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) akan mendekati syarikat berkesatuan dan yang bukan berkesatuan agar pekerja mereka boleh meraih manfaat daripada sokongan latihan yang diperluas ini untuk meningkatkan kemahiran dan menjalani latihan semula.



Ini sebagai persediaan bagi transformasi sektor itu setelah pulih daripada pandemik Covid-19.



Pengarah Besar CAAS, Encik Kevin Shum, akur sektor penerbangan kini teruk terjejas oleh pandemik ini.



"Geran Soar ini akan menyokong usaha berterusan dalam mengekalkan keupayaan teras dalam sektor. Ini bagi memastikan hab penerbangan Singapura mengekalkan bakat dan kepakaran yang kukuh untuk menyokong operasi di Lapangan Terbang Changi," kata Encik Shum.



Timbalan Setiausaha Agung NTUC, Cik Cham Hui Fong, berkata sebelum pandemik pun kesatuan bekerjasama rapat dengan syarikat pengangkutan udara menerusi Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC) untuk membantu pekerja meraih kemahiran baru untuk transformasi sektor tersebut.



"Di bawah Soar, pemimpin kesatuan kami akan secara aktif mendapatkan maklum balas daripada pekerja sendiri mengenai keperluan latihan mereka, sebelum membentangkannya kepada pengurusan dalam perbincangan CTC.



"Kami percaya ini penting sedang ia membolehkan pekerja untuk bertanggungjawab atas keperluan latihan dan pembangunan mereka sendiri," kata Cik Cham.



Geran Soar itu dibuka kepada semua warga Singapura dan penduduk tetap yang bekerja dalam sektor pengangkutan udara, termasuk syarikat yang menyokong operasi sektor itu.



Mereka yang berminat boleh menghubungi wakil kesatuan atau sumber manusia syarikat mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >