Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan 2022: PAKEJ BANTUAN PEKERJAAN DAN PERNIAGAAN $500 JUTA

Geran baru bagi SME terjejas teruk dek pandemik

Syarikat layak boleh terima $1,000 bagi setiap pekerja tempatan dengan jumlah bantuan dihad pada $10,000
Feb 19, 2022 | 05:30 AM



SYARIKAT kecil dan sederhana (SME) dalam sektor yang terjejas teruk dek pandemik Covid-19 boleh menerima sokongan hingga $10,000 di bawah geran baru yang diumumkan pemerintah semalam.



Di bawah Geran Pemulihan Perniagaan Kecil itu, syarikat layak boleh menerima bayaran $1,000 bagi setiap pekerja tempatan yang digajikan dengan jumlah bantuan yang dihadkan pada $10,000.



Langkah tersebut bertujuan meringankan beban kewangan syarikat kecil dan merupakan sebahagian Pakej Bantuan Pekerjaan dan Perniagaan bernilai $500 juta yang diumum Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, semalam.



Sementara itu, pemilik tunggal perniagaan serta pegerai kedai kopi, pusat penjaja dan pasar di bawah lesen Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) yang tidak mempunyai pekerja tempatan akan menerima bayaran $1,000 sekali di bawah geran tersebut.



Sektor yang layak menerima sokongan tersebut, termasuk makanan dan minuman, runcit, pelancongan, hospitaliti, seni, sukan, pengendali pawagam, muzium, tapak bersejarah, taman permainan tertutup dan hiburan untuk keluarga, konvensyen dan pameran.



Pengendali dan terminal kapal pelayaran serta pengendali feri serantau terangkum di bawah entiti perniagaan yang layak menerima bantuan.



Dalam pada itu, penganjur acara Mice (mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran) yang terjejas oleh pembatalan atau penangguhan acara juga boleh membuat permohonan, tertakluk kepada syarat.



Pada masa yang sama, SME juga perlu berdaftar sebagai entiti perniagaan selewat-lewatnya pada 31 Disember tahun lalu dan mempunyai tapak fizikal di Singapura.



Ia juga perlu memiliki hasil operasi tahunan kurang $100 juta atau menggajikan kurang 200 pekerja hingga 31 Disember tahun lalu.



Perniagaan yang layak menerima sokongan di bawah geran itu akan diberitahu mulai pertengahan tahun ini.



"Dengan pembukaan semula ekonomi kita, sektor yang teruk terjejas akan menyaksikan prospek yang lebih baik secara bertahap.



"Sementara itu, langkah-langkah sokongan ini akan memberikan bantuan sementara bagi perniagaan dan juga pekerja," kata Encik Wong di Parlimen semalam.



Dalam pada itu, pekerja yang terus kehilangan pendapatan disebabkan Covid-19 boleh membuat permohonan di bawah Geran Pemulihan Covid-19 yang dilanjutkan sehingga akhir tahun ini.



Sektor penerbangan akan turut menerima bantuan tertumpu termasuk langkah-langkah menjaga kesihatan awam dan keselamatan di lapangan terbang, serta untuk menjaga keupayaan teras.



Menyentuh tentang tumpuan terhadap sektor itu, Encik Wong berkata ini penting kerana Singapura "perlu menjaga dan mempertingkat status sebagai hab penerbangan antarabangsa".



Butiran lanjut akan diumumkan semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Pengangkutan (MOT).




PEMERINTAH SEDANG PANTAU RISIKO INFLASI DAN KOS SARA HIDUP




"Pemerintah kini memantau dengan teliti risiko inflasi dan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Kenaikan harga ini menyusuli tempoh inflasi rendah yang berlanjutan selama sedekad lalu.

Antara dorongan utama adalah kadar permintaan global yang semakin meningkat sedang rantaian bekalan turut terjejas, terutama oleh kenaikan harga tenaga.

Kami juga melihat kesan dasar makro-ekonomi yang dikuatkuasa Amerika Syarikat dan negara maju lain untuk membantu ekonomi mereka pulih selepas pandemik.

Untuk itu, MAS (Penguasa Kewangan Singapura) telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk menaikkan tahap kadar pertukaran pada Oktober tahun lalu, dan sekali lagi bulan lalu, untuk mengawal tekanan inflasi.

Saya sedar akan keprihatinan segera perniagaan dan isi rumah dan akan menyediakan bantuan tambahan yang lebih banyak dalam Belanjawan ini untuk membantu mereka menghadapi tempoh kenaikan harga ini."

- Encik Lawrence Wong, Menteri Kewangan.





$500j

Pakej Bantuan Pekerjaan dan Perniagaan



Geran Pemulihan Perniagaan Kecil



- Syarikat layak boleh menerima bayaran $1,000 bagi setiap pekerja setempat, dihadkan pada $10,000



- Pemilik tunggal perniagaan serta pemilik gerai di kedai kopi, pusat penjaja dan pasar yang mempunyai lesen Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) yang tidak mempunyai pekerja tempatan akan menerima bayaran $1,000 sekali di bawah geran tersebut.



- Antara sektor layak termasuk makanan dan minuman, runcit, pelancongan, hospitaliti, seni dan sukan.



Inisiatif Pertumbuhan Pekerjaan (JGI)



- Dilanjutkan selama enam bulan lagi hingga September 2022 bagi menggalak syarikat mengambil lebih ramai pekerja setempat.



- Tertumpu kepada pekerja matang berusia 40 tahun, golongan kurang upaya dan bekas pesalah.



Skim pinjaman



- Program Pinjaman Penyambung Sementara (TBLP) dan Skim Pembiayaan Perusahaan Pinjaman Perdagangan (EFS-TL) akan dilanjutkan bagi tempoh enam bulan lagi mulai 1 April hingga 30 September.



- Skim Pembiayaan Perusahaan Pinjaman Projek dilanjutkan bagi sektor pembinaan domestik selama setahun dari 1 April hingga 31 Mac.



Geran Pemulihan Covid-19



- Pekerja yang kehilangan pendapatan disebabkan Covid-19 boleh membuat permohonan di bawah geran ini yang dilanjutkan sehingga akhir 2022.



Bantuan tertumpu bagi sektor penerbangan



- Termasuk bagi menjaga kesihatan awam dan keselamatan di lapangan terbang serta menjaga keupayaan teras.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >