Subuh
5:38
Syuruk
6:54
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Geran baru sehingga $80,000 bagi pembeli HDB kali pertama, siling gaji lebih tinggi bagi HDB, EC

Sep 10, 2019 | 07:50 PM

PEMBELI flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) kali pertama, mulai Rabu (11 September)  boleh mendapat geran baru sehingga $80,000 tanpa dihadkan jenis flat atau estet perumahan pilihan.

Pendapatan keluarga mereka tidak boleh melebihi $9,000 sebulan.

Sementara itu, siling gaji yang dikenakan bagi melayakkan seseorang membeli flat dari HDB; mendapat Geran Perumahan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) apabila membeli flat jualan semula; dan mendapatkan pinjaman perumahan HDB pula dinaikkan daripada $12,000 kepada $14,000.

Mengumumkan Geran Perumahan CPF Dipertingkat yang baru itu dan perubahan lain di majlis Anugerah HDB di Marina Bay Sands pada Selasa (10 September), Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong berkata ada ruang untuk menyemak struktur geran supaya menjadi lebih fleksibel dan menambah pilihan bagi pasangan muda tinggal dekat dengan ibu bapa mereka di estet perumahan matang dan untuk membeli flat lebih besar.

Ruang yang terhad untuk membina flat baru di estet perumahan matang juga bermakna HDB perlu mengimbangi permintaan dan bekalan flat di estet perumahan matang dengan cara yang berdaya tahan, kata Encik Wong.

Berkongsi perangkaan HDB, Encik Wong, berkata jumlah keluarga yang membeli flat baru sebagai pembelian pertama telah meningkat sejak sedekad lalu.

Sejumlah 75 peratus keluarga berbuat demikian tahun lalu, dengan 25 peratus membeli flat jualan semula berbanding sedekad lalu, apabila 55 peratus yang membeli flat baru dan 45 peratus yang membeli flat jualan semula.

Corak pembelian yang condong kepada flat baru  ini tidak menghairankan, kerana struktur geran yang sedia ada menggalakkan pembeli kali pertama memilih flat baru, kata Encik Wong.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3