Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Geran CPF hanya bagi pembeli flat kali pertama yang layak

MND beri respons susuli komen pengamat bahawa Geran Perumahan CPF Dipertingkat akan dorong kenaikan harga flat jualan semula
Feb 17, 2023 | 05:30 AM



PENINGKATAN Geran Perumahan CPF bukan ditujukan kepada semua pembeli flat jualan semula, tetapi disasarkan khusus kepada pembeli rumah kali pertama yang layak dengan pendapatan di bawah $14,000 bagi keluarga dan $7,000 bagi mereka yang belum berkahwin.



Kementerian Pembangunan Negara (MND) memberikan respons itu sebagai menjawab pertanyaan media, termasuk Berita Harian (BH), menyusuli laporan oleh beberapa pengamat hartanah yang menyatakan bahawa Geran Perumahan CPF itu akan meningkatkan harga jualan semula.



MND menganggarkan bahawa Geran Perumahan CPF Dipertingkat (EHG) bagi pembeli kali pertama akan memberi manfaat kepada lebih 10,000 keluarga dalam tahun pertama ia dilaksanakan.



Pihak MND menyatakan bahawa mereka berbuat demikian kerana sedar akan potensi kesan peningkatan geran dalam pasaran flat jualan semula yang memberangsangkan.



"Itulah sebabnya mengapa geran EHG tidak diberikan kepada semua pembeli flat jualan semula, tetapi secara khusus disasarkan kepada pembeli rumah kali pertama yang layak dengan pendapatan di bawah $14,000 untuk keluarga dan $7,000 untuk yang belum berkahwin," kata MND.



Pasaran jualan semula memenuhi keperluan perumahan pembeli rumah kali pertama yang mungkin mempunyai pilihan lokasi tertentu atau keinginan untuk mendapatkan rumah mereka lebih awal.



MND menyatakan bahawa mereka menyedari bahawa kenaikan harga flat jualan semula telah menyebabkan beberapa kebimbangan di kalangan pembeli rumah kali pertama.



"Sedang kita bertindak balas dengan tegas dengan dua pusingan langkah penyejukan pada Disember 2021 dan September 2022 dan sedang melihat tanda-tanda awal penyederhanaan, langkah-langkah ini akan mengambil masa untuk berkesan melalui pasaran."



MND menambah bahawa sekitar sepertiga pembeli flat jualan semula telah menerima Geran Perumahan CPF sejak dua tahun lalu.



MND juga menyatakan bahawa pemerintah akan terus memantau pasaran jualan semula dengan teliti bagi memastikan ia sejajar dengan asas ekonomi, dan akan bertindak tegas, jika diperlukan.



Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, pada Selasa telah membentangkan Belanjawan 2023 dan mengumumkan Geran Perumahan CPF dipertingkatkan bagi keluarga yang ingin memberi flat jualan semula buat kali pertama.



Bagi keluarga yang layak dan ingin membeli flat jualan semula 4 bilik atau yang lebih kecil, Geran Perumahan CPF akan dipertingkatkan kepada $30,000.



Bagi keluarga yang layak dan ingin membeli flat jualan semula 5 bilik atau lebih besar, Geran Perumahan CPF akan dinaikkan kepada $10,000.



EHG akan berkuat kuasa serta-merta dan jumlah geran tambahan akan dimasukkan ke dalam akaun Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka mulai April 2023.



Menyusuli pengumuman itu, beberapa pengamat hartanah telah menyatakan bahawa kenaikan geran perumahan boleh meningkatkan bajet perumahan bagi pembeli tertentu, menjadikan mereka bersedia membayar lebih untuk mendapatkan flat jualan semula. Pada masa yang sama, ia juga boleh membawa kepada beberapa penjual menaikkan harga flat jualan semula dan ini akan menyebabkan tekanan ke atas harga flat jualan semula.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >