Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Geran prasekolah baru oleh Mendaki, Muis sokong keluarga memerlukan

Mar 06, 2020 | 12:52 PM



YAYASAN Mendaki dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menubuhkan satu geran prasekolah baru untuk memberi sokongan tambahan kepada keluarga memerlukan.



Geran Prasekolah Mendaki-Muis (MMPG) itu  bertujuan melengkapkan setiap kanak-kanak dengan asas yang kukuh agar mereka mempunyai permulaan hidup yang baik.



Mengumumkannya di Parlimen pada Jumaat (6 Mac), Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia) Zaqy Mohamad berkata geran itu adalah tambahan kepada inisiatif pemerintah sedia ada untuk menyediakan bantuan kewangan kepada ibu bapa berpendapatan rendah.



"Dengan MMPG, penerima bantuan boleh melihat simpanan CDA (Akaun Pembangunan Kanak-kanak) mereka tumbuh empat kali ganda," ujar Encik Zaqy.



Ini kerana MMPG akan menggandakan wang yang diletakkan dalam akaun kanak-kanak itu, dan jumlah tersebut akan digandakan lagi oleh inisiatif padanan bersama CDA.



Wang tersebut boleh digunakan untuk keperluan pendidikan dan perubatan kanak-kanak itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >