Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Geran pupuk kesedaran dagangan manusia

Feb 28, 2014 | 06:00 AM



SATU jawatankuasa antara agensi untuk memerangi perdagangan manusia di Singapura telah melancarkan sebuah geran bagi mendorong inisiatif bagi memupuk kesedaran mengenai isu itu.


Ini kali kedua jawatankuasa itu melancarkan Geran Penyedaran Awam Perdagangan Manusia. Ia pertama kali dilancarkan tahun lalu.


Sejak itu, beberapa inisiatif memupuk kesedaran mengenai isu itu dijalankan termasuk seminar perdagangan buruh, siri pendidikan bagi agensi pekerjaan, yang dianjurkan di bawah geran itu.


Dalam satu kenyataan jawatankuasa itu kelmarin, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Bertindak Antara Agensi Singapura mengenai Perdagangan Manusia, Encik Alvin Lim, yang juga Pengarah Divisyen Bahagian Dasar dan Strategi Tempat Kerja di Kementerian Tenaga Manusia berkata:


''Sokongan dan usaha penerima geran tahun lalu membantu meningkatkan kesedaran mengenai perdagangan manusia.


''Ia memainkan peranan dalam melaporkan jenayah perdagangan manusia yang disyaki dan kritikal dalam menyokong penggubalan undang-undang khusus bagi memerangi jenayah transnasional ini.''


Individu dan pertubuhan yang berminat mendapatkan geran itu boleh memohonnya antara 1 Mac dengan 30 April ini.


Jawatankuasa antara agensi itu menganjurkan satu sesi perbincangan bersama beberapa pihak berkepentingan kelmarin.


Lebih 35 peserta terdiri daripada wakil badan bukan pemerintah (NGO), perniagaan, ahli akademik dan pelajar institusi pengajian tinggi menghadirinya.


Turut hadir ialah Anggota Parlimen (GRC Holland- Bukit Timah), Encik Christopher de Souza, yang menerajui usaha menggubal undang-undang khas memerangi perdagangan manusia di sini.


Antara lain, peserta diberitahu perkembangan mengenai Pelan Bertindak Nasional terhadap perdagangan manusia.


Sejajar dengan pelan itu, jawatankuasa itu meningkatkan latihan pegawai barisan depan dan kakitangan sokongan bagi membolehkan mereka mengesan kes perdagangan manusia dengan lebih baik dan mengambil tindakan.


Jawatankuasa itu juga telah selesai menyemak undang- undang berkaitan perdagangan manusia yang sedia ada, dan mengenal pasti keperluan satu undang- undang khas untuk menangani kelakuan salah berdagang manusia dan memberi sokongan kepada mangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >