Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gereja City Harvest buat laporan polis, keluarkan notis nyata gambar Kong Hee pakai baju PAP palsu

Jul 08, 2020 | 07:42 PM



LEMBAGA Pengurusan Gereja City Harvest (CHC) telah membuat laporan polis dan mengeluarkan notis bagi memaklumkan bahawa gambar yang tular di media sosial baru-baru ini, yang menunjukkan gambar Pastor Kong Hee memakai baju putih dengan logo Parti Tindakan Rakyat (PAP), telah diubah secara digital.


Ia berkata logo PAP itu telah dilekatkan secara digital ke baju putih yang dipakai pengasas gereja itu. 


Dalam notis pada Rabu (8 Julai) yang ditujukan kepada jemaah gereja tersebut, lembaga pengurusan itu berkata: "Pastor Kong dan Gereja City Harvest tidak, dan tidak pernah, menjadi sebahagian atau dalam sebarang cara berkait dengan mana-mana institusi atau parti politik."


"Pastor Kong juga tidak terlibat dalam sebarang kempen untuk atau bagi pihak mana-mana parti politik semasa Pilihan Raya Umum 2020 ini, atau mana-mana pilihan raya umum lain."


Ia juga menghantar permintaan ke Facebook agar menurunkan gambar yang diubah itu.  




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >