Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gereja gesa kaji semula kelulusan bagi 2 pengendali sedia judi dalam talian

Oct 06, 2016 | 08:26 AM



MAJLIS Gereja Kebangsaan Singapura (NCSS) telah menyeru agar disemak semula keputusan membenarkan dua pengendali loteri menawarkan khidmat judi dalam talian.



Dalam satu kenyataan pada Rabu (5 Okt), ia merayu pemerintah supaya mengkaji semula keputusan membenarkan Singapore Pools dan Singapore Turf Club memulakan platform judi dalam talian dalam tempoh dua bulan akan datang.



Majlis yang mewakili lebih 250 gereja itu berkata ia amat bimbang mengenai langkah mengecualikan dua pengendali tersebut daripada Akta Perjudian Jarak Jauh.



Ia berkata pemerintah memberi "isyarat mengelirukan dan bercanggah" dalam hal ini, sambil menambah bahawa akta tersebut, yang mengharamkan semua perjudian dalam talian dan telefon, baru diluluskan Parlimen dua tahun lalu.



Minggu lalu, Kementerian Dalam Negeri (MHA) berkata ia telah memberi kelulusan bagi dua pengendali itu melancarkan judi dalam talian, berikutan permohonan mereka agar dikecualikan daripada Akta tersebut.



Singapore Pools akan melancarkan khidmat judi dalam taliannya pada 25 Oktober dan Turf Club pula akan melancarkan laman Web dan platform mudah alih judi barunya pada 15 November.



MHA berkata dua pengendali itu diwajibkan mengadakan beberapa langkah kawalan sosial, termasuk memastikan orang bawah usia 21 tahun tidak dibenarkan membuka akaun perjudian.



Ia menambah bahawa pengharaman penuh judi jarak jauh akan hanya membuat ia dijalankan secara terlarang.



Bagaimanapun, NCCS, pertubuhan agama pertama yang mengulas mengenai isu itu, berkata ia "mendapati sukar" untuk menerima rasional tersebut, sambil menambah ini "tidak boleh menjadi pilihan terbaik bagi Singapura".



Majlis itu berkata ia bimbang tentang kesan peribadi, kekeluargaan dan sosial buruk judi dalam talian. Kegiatan judi dalam talian juga bertanggungjawab bagi peningkatan perjudian bawah umur, katanya.



"Melenyapkan godaan judi dari ruang tamu dan ruang kerja akhirnya akan mengukuhkan fabrik masyarakat kita bagi generasi akan datang," kata NCCS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >