Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Gereja setempat kutuk tindakan remaja rancang serangan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Gereja setempat kutuk tindakan remaja rancang serangan

Jan 28, 2021 | 05:30 AM

GEREJA setempat mengutuk tindakan remaja lelaki warga Singapura yang merancang menyerang dua masjid di sini setelah terpengaruh dan didorong ideologi pelampau sayap kanan.

Dalam kenyataannya kepada Berita Harian, Paderi Kanan Gereja Masyarakat Cornerstone (CSCC) Yang Tuck Yoong berkata pihaknya sangat sedih dan risau dengan berita tersebut, yang melibatkan belia yang "mengenalpasti dirinya sebagai seorang Kristian".

"Gereja Masyarakat Cornerstone mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang amat dikesali ini dan ingin meyakinkan rakan-rakan Muslim kita bahawa tindakan ini sama sekali tidak dipengaruhi oleh ajaran Kristian, yang mendorong kasih sayang dan khidmat kepada jiran kita.

"Kami berdiri tegas bagi keharmonian agama dan kaum, dan menentang dengan keras sebarang bentuk keganasan daripada mana-mana masyarakat terhadap yang lain.

"Kami menggalak anggota kedua-dua masyarakat keagamaan untuk terus memperkuat nilai ini dan melindungi muhibah bersama yang dikongsi antara kita," kata Paderi Kanan Yang.

Biskop Dr Gordon Wong dari Gereja Methodist di Singapura dalam kenyataan yang diletakkan di Facebook berkata pihaknya menerima berita itu dengan perasaan terkejut dan sedih.

"Amat mengecewakan untuk mendapat tahu yang dia seorang anak Singapura yang membesar dalam masyarakat yang selamat dan harmoni yang kita nikmati di Singapura

"Sebagai Kristian, kita memohon dan mendoakan kebajikan bandar kita dan berusaha hidup dalam keamanan dengan satu sama lain," katanya.

Dr Wong menambah: "Menerusi keperitan berita ini, kita diingatkan betapa mudah kuasa luar mempengaruh dan kita menggesa paderi dan pemimpin kita untuk menggandakan usaha mereka dalam pendidikan Kristian yang baik.

"Kami menggalak semua untuk bersatu dalam perpaduan; Kristian, Muslim dan agama lain untuk mendoakan keselamatan dan keharmonian dalam negara kita; marilah kita hidup bersama dalam kasih sayang dan timbang rasa bagi satu sama lain."

Paderi Katolik Father Adrian Anthony, ketika dihubungi berkata beliau terkejut apabila mendengar seorang anak muda mampu berfikiran radikal. Beliau menambah apa yang penting bagi institusi keagamaan kini adalah untuk bercakap tentang toleransi dan rasa hormat kepada kaum, agama dan budaya yang berbeza.

"Kita tidak boleh sekali-kali membiarkan sikap perkauman dan sikap tidak bertoleransi terhadap agama lain berakar di Singapura," katanya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3