Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERBAHASAN UCAPAN PRESIDEN HALIMAH YACOB : AMBIL BERAT AKAN WARGA EMAS

Gesa pertingkat sokongan kesihatan, peluang kerja bermakna bagi warga emas

AP kemuka cadangan pastikan warga emas tidak kesunyian, hidup keseorangan pada usia lanjut
Apr 20, 2023 | 05:30 AM



SEDIAKAN lebih banyak sokongan, penjagaan kesihatan mental dan peluang pekerjaan bermakna bagi warga emas.



Itulah antara cadangan beberapa Anggota Parlimen (AP) pada Rabu sewaktu perbahasan mengenai ucapan Presiden Halimah Yacob semasa pembukaan Parlimen.



Mereka berkata demi memastikan warga emas tidak berasa kesunyian dan dibiarkan hidup keseorangan pada usia lanjut, rakyat Singapura harus menggembleng tenaga sebagai satu negara bagi menyokong aspirasi mereka.



Dalam ucapannya, Cik Nadia Ahmad Samdin (GRC Ang Mo Kio) berkata kajian di Singapura dan Jepun menunjukkan bukan sahaja jangka hayat warga emas yang hidup kesunyian lebih pendek sekurang-kurangnya tiga tahun daripada rakan sebaya mereka, malah mereka tidak dapat hidup dalam keadaan sihat dan aktif pada baki kehidupan mereka.



Di Singapura, kira-kira 10 peratus orang berumur 60 tahun ke atas tinggal sendirian pada 2020, dengan kaum wanita lebih cenderung hidup sendirian berbanding lelaki.



"Memandangkan jangka hayat penduduk di Singapura lebih 80 tahun, adalah penting kita melihat mutu kehidupan warga emas kita," kata Cik Nadia.



Beliau juga menyentuh tentang kajian yang menunjukkan bahawa pengasingan sosial kronik boleh meningkatkan risiko cabaran kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan dan penyalahgunaan bahan, serta sakit kronik seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis.



Ia juga meningkatkan risiko demensia, tambahnya.



Cik Nadia berkata walaupun sebuah Pasukan Bertindak Antara Agensi mengenai Kesihatan dan Kesejahteraan Mental telah dibentuk pada 2021, beliau harap lebih banyak sokongan holistik dapat diberi kepada warga emas.



"Saya harap pemerintah dapat mempertimbangkan lebih banyak sokongan sepanjang spektrum kesihatan mental, mengurangkan beban ke atas Institut Kesihatan Mental (IMH) sebagai sebuah hospital akut, dan menawarkan lebih banyak pilihan penjagaan inklusif bagi masyarakat," ujar beliau.



Cik Nadia juga berkata menurut sebuah laporan oleh Samaritans of Singapore (SOS), 154 warga emas berumur lebih 60 tahun membunuh diri pada 2020 - jumlah tertinggi yang direkodkan dalam kalangan kumpulan umur itu sejak 1991.



Bagi mengelakkan jumlah itu meningkat, Cik Nadia berkata amat penting bagi seluruh masyarakat tampil bantu-membantu.



"Usaha melibatkan seluruh negara diperlukan (untuk menangani masalah warga emas hidup sendirian dan kesunyian). Ini termasuk sokongan oleh rakan-rakan, sikap ambil peduli dan terbuka oleh jiran tetangga, dan peranan majikan untuk menyesuaikan diri dan memberi peluang pekerjaan secara inklusif," kata beliau.



Selain Cik Nadia, Encik Sharael Taha (GRC Pasir Ris-Punggol) juga berharap lebih banyak peluang pekerjaan bermakna dapat diberi kepada warga emas, orang kurang upaya dan pekerja berkeperluan khas agar mereka dapat menyumbang kepada ekonomi negara.



Beliau berkata biasanya warga emas hanya diberi peluang bekerja dalam industri pembersihan dan penyenggaraan, yang meletak mereka dalam keadaan susah kerana perlu berdiri lama dan melakukan kerja berat.



"Bagaimana boleh kita mengubah bentuk dan menyesuaikan pekerjaan dan memanfaatkan skim fleksibel seperti kerja dari rumah supaya kita boleh menyediakan lebih banyak peluang untuk orang kurang upaya, penjaga dan ibu yang ingin kembali bekerja?" ujar Encik Sharael.



"Walaupun kita mempunyai geran dan skim untuk membantu mengubah sikap dan tingkah laku, kita mesti meningkatkan usaha untuk menyediakan peluang yang sama untuk semua.



"Adalah tanggungjawab kolektif masyarakat kita untuk memastikan pekerjaan dapat disesuaikan bagi warga emas, orang kurang upaya dan pekerja berkeperluan khas dalam setiap pertubuhan," tambah beliau.




"Bagaimana boleh kita ubah bentuk dan menyesuaikan pekerjaan dan manfaatkan skim fleksibel seperti kerja dari rumah agar kita boleh menyediakan lebih banyak peluang bagi orang kurang upaya, penjaga dan ibu yang ingin kembali bekerja? Adalah tanggungjawab kolektif masyarakat kita memastikan pekerjaan dapat disesuaikan bagi warga emas, orang kurang upaya dan pekerja berkeperluan khas dalam setiap pertubuhan."
- Encik Sharael Taha (GRC Pasir Ris-Punggol).




"Memandangkan jangka hayat penduduk di Singapura lebih 80 tahun, adalah penting kita melihat mutu kehidupan warga emas. Usaha melibatkan seluruh negara diperlukan (bagi menangani masalah warga emas hidup sendirian dan kesunyian). Ini termasuk sokongan rakan-rakan, sikap ambil peduli dan terbuka jiran tetangga, dan peranan majikan menyesuaikan diri dan memberi peluang pekerjaan secara inklusif."
- Cik Nadia Ahmad Samdin (GRC Ang Mo Kio).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >