Geylang Serai bercahaya sepanjang 2.25 km

SEBANYAK 900,000 lampu LED telah menyalakan gerbang-gerbang gergasi sekitar Geylang Serai yang memaparkan reka bentuk rumah kampung dan hiasan tradisional Melayu lain sempena acara Penyalaan Lampu Hari Raya (HRLU) semalam.

Jalan raya sepanjang 2.25 kilometer dari Sims Avenue ke Changi Road telah diserikan dengan hiasan lampu berwarna warni yang bertemakan 'Mendalami Semangat Kampung Kita' yang akan berlangsung selama tujuh minggu hingga 7 Julai.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan