Geylang Serai bermandi cahaya, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Geylang Serai bermandi cahaya

Apr 10, 2021 | 05:30 AM

GEYLANG Serai kembali bermandi cahaya semalam apabila jalan raya sepanjang 1.4 kilometer di kawasan tersebut bergemerlapan dengan penyalaan lampu menandakan perayaan Hari Raya yang bakal menjelang.

Selama 45 hari sehingga 23 Mei, kawasan di Sims Avenue, Changi Road dan Geylang Road itu akan bermandi cahaya berwarni-warni, dengan bangunan mercu tanda seperti Wisma Geylang Serai (WGS), Joo Chiat Complex dan pasar Geylang Serai turut dihiasi lampu.

Tahun lalu acara rasmi penyalaan lampu di kawasan tersebut ditiadakan ekoran tempoh pemutus litar. Ada dua gerbang lampu utama - di Sims Avenue yang berbentuk kubah masjid dan dikelilingi bunga serta di Changi Road yang memaparkan bentuk bulan sabit dan kompang.

Berucap di majlis penyalaan lampu Hari Raya di WGS semalam, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat, yang merasmikan majlis itu, berkata acara itu merupakan satu perkembangan baik bagi masyarakat Melayu selepas acara itu terjejas akibat Covid-19 tahun lalu.

Masyarakat Melayu di sini juga telah menyesuaikan diri dengan perubahan dan mencari jalan lain untuk menyambut perayaan di tengah-tengah pandemik ini, kata beliau.

Discover Malay Home Based Businesses

"Penyalaan tahun ini ada maksud tambahan, sedang kita mengimbas semula cabaran yang telah dilalui bersama sepanjang tahun lalu," kata Encik Heng.

"Kita dapat lihat betapa pentingnya untuk menjaga antara satu sama lain ketika pandemik ini," ujar beliau.

Acara penyalaan itu, yang biasanya menarik ratusan penonton, disaksikan oleh jumlah penonton terhad di WGS, tetapi turut disiarkan secara langsung di alam maya.

Bazar Geylang Serai, yang biasanya menjadi tumpuan sepanjang Ramadan, akan diadakan menerusi dalam talian. Lebih 30 acara lain juga dirancang di alam maya, termasuk WGS E-Buka 2021 dan Hari Raya Show.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map