Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Geylang Serai berubah rancak jadi kawasan budaya

Pasukan pembangunan daerah WGS kongsi cita-cita jadikan jalur budaya nadi bagi masyarakat Melayu
WGS
Mar 22, 2021 | 05:30 AM



PERNAH menjadi kawasan hangat untuk perdagangan dan salah satu penempatan orang Melayu tertua di Singapura, Jalur Budaya Geylang Serai kaya dengan sejarah.



Kini Geylang Serai berubah menjadi kawasan budaya yang rancak dengan pelbagai peningkatan infrastruktur, ruang masyarakat baru dan juga program untuk terus melibatkan masyarakat.



Bercakap bersama pasukan pembangunan daerah di Wisma Geylang Serai (WGS) baru-baru ini, mereka berkongsi bahawa cita-cita mereka adalah untuk terus berusaha dan menjadikan jalur budaya ini sebagai nadi bagi masyarakat Melayu di Singapura.



Penolong Pengarah Pembangunan Presint/Tugas Khas WGS, Encik Hajah Mohaideen Kamal Batcha berkata antara usahanya adalah untuk membezakan jalur budaya Geylang Serai daripada jalur budaya lain di Singapura.



"Kawasan ini memberi tumpuan kepada masyarakat Melayu/Islam kita.



"Kita tahu terdapat sejarah yang kaya, dan banyak lagi cerita-cerita yang menarik mengenai kawasan ini. Oleh itu, ia menjadi tarikan yang besar dan menjadi nadi bagi masyarakat kita.



"Namun, masih banyak yang tidak diketahui oleh ramai dalam masyarakat. Jadi pasukan saya menjadi jambatan untuk mengongsi mengenai sejarah, budaya dan seni masyarakat kita," jelasnya.



Jalur itu meliputi kawasan Tanjong Katong Complex hingga Kelab Masyarakat (CC) Kampong Ubi, iaitu sepanjang Geylang Road dan Sims Avenue.



Pembangunan kawasan itu kali pertama diumumkan di Rapat Hari Kebangsaan 2018 oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong, yang melantik Dr Maliki bagi menerajui projek tersebut.



Di bawah inisiatif itu, terdapat pelbagai acara masyarakat yang dirancang untuk menghidupkan kawasan tersebut



Ini termasuk program seperti Karnival Keluarga Geylang Serai pada 2019 yang menarik seramai 20,000 orang, Bazar Soul Eats yang dianjurkan oleh En Niche pada 2019 yang menarik seramai 10,000 orang serta acara kemasyarakatan seperti lukisan terpanjang berukuran 500 meter dalam usaha memecah Buku Rekod Singapura.



Namun, ketika Singapura dilanda virus Covid-19, kebanyakan program mereka telah dialihkan dalam talian.



Terpaksa melakukan penyesuaian itu, Cik Zubaidah Lah, pengurus Operasi & Pengurusan Acara di jalur budaya Geylang Serai, beliau berkata ia telah mencabar pasukannya untuk lebih kreatif dari segi penyampaian informasi kepada masyarakat.



"Cabarannya adalah untuk mengadakan program yang sesuai bagi semua lapisan masyarakat dari usia berbeza.



"Selain itu, mengalih program ke dalam talian juga agak mencabar kerana kami tidak pernah melakukannya. Jadi kami perlu mempelajari bagaimana untuk berbuat demikian semasa mengadakan program tersebut.



"Tetapi, dengan ini ia telah memberi kami peluang untuk merapatkan jurang antara mereka yang tua dan muda untuk mempelajari mengenai kawasan yang penuh dengan sejarah ini," kata Cik Zubaidah.



Antara program dalam talian yang telah dilancarkan termasuk program jejak warisan, Telusuri Geylang Serai serta siri video yang mengimbau nostalgia bazar Ramadan, Jaguh Memasak.



Selain daripada program-program itu, pelbagai peningkatan prasarana juga baru-baru ini diumumkan untuk menyuntik nafas baru kepada kawasan tersebut.



Sebagai permulaan, sebuah ruang masyarakat baru akan dibina bersebelahan bangunan WGS.



Dinamakan Anjung@WGS, ruang berbumbung itu boleh digunakan untuk acara sukan, perkahwinan dan acara masyarakat, dan disasarkan siap tahun depan.



Pemasangan lukisan batik juga dipamerkan di hadapan bangunan WGS sebahagian rancangan untuk memberi identiti unik kepada kawasan itu.



Dengan sambutan yang baik daripada program-program yang disediakan, Cik Syafiqah Jawalistan, Pengurus Pembangunan dan Usaha Mendekati Masyarakat berkata ia memberi pasukannya semangat untuk memberi kehidupan baru bagi kawasan itu.



"Melalui program-program yang unik ini kami mendapati terdapat tarikan ramai dan ini mendorong kami untuk menawarkan program-program mendekati masyarakt kita dengan lebih mendalam.



"Saya berharap pada masa akan datang, lebih ramai akan mengambil tahu tentang sejarah seni dan budaya kita supaya ia dapat dikongsi dengan generasi akan datang," ujarnya.



Pada Mac ini ramai boleh menantikan drama muzikal bertajuk 1965 Geylang Serai yang mempamerkan kehidupan di kawasan Geylang pada zaman dulu. Program itu akan dipamerkan secara fizikal dan dalam talian.




"Kawasan ini memberi tumpuan kepada masyarakat Melayu/Islam kita. Kita tahu terdapat sejarah yang kaya, dan banyak lagi cerita-cerita yang menarik mengenai kawasan ini. Oleh itu, ia menjadi tarikan yang besar dan menjadi nadi bagi masyarakat kita.



Namun, masih banyak yang tidak diketahui oleh ramai dalam masyarakat. Jadi pasukan saya menjadi jambatan untuk mengongsi mengenai sejarah, budaya dan seni masyarakat kita."
- Encik Hajah Mohaideen Kamal Batcha (tengah), Penolong Pengarah Pembangunan Presint/Tugas Khas WGS.




JALUR BUDAYA GEYLANG SERAI



- Pasukan Jalur Budaya Geylang Serai ini terdiri daripada tiga orang kakitangan yang ditubuhkan pada Disember 2018.



Pasukan tersebut memberikan sokongan kesetiausahaan kepada antara agensi, membantu secara operasi dan menganjurkan acara serta program kreatif untuk menglibatkan semua lapisan masyarakat di Geylang Serai.



Antara program yang telah dirancang pada 2021 yang ramai boleh nantikan:



PROGRAM DALAM TALIAN



- Telusuri Geylang Serai



- Jaguh Memasak



- Digital Arts



- Festival filem Geylang



- Cerita@Geylang Serai



DRAMA MUZIKAL



- 1965 Geylang Serai



- Minah Karen



ANJUNG@WGS



- Pembinaan kemudahan berbumbung



SIRI DOKUMENTASI BUKU



- Cerita@Geylang Serai



WGS PERSADA BUDAYA



- Pameran pertandingan reka bentuk



- Nostalgia@WGS



- Rasa Singapura



- Minggu Serumpun Budaya




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >