Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Geylang Serai diterangi cahaya

Mar 18, 2023 | 05:30 AM



GEYLANG Serai kini bergemerlapan dengan hiasan lampu berwarna-warni sempena ketibaan Ramadan dan perayaan Syawal 1444 Hijrah.



Hiasan yang antara lain memaparkan seni dan budaya masyarakat Melayu/Islam seperti masjid, kampung, batik bercorak bunga, rama-rama, bulan sabit dan bintang, akan mewarnai Sims Avenue, Geylang Road dan Changi Road.



Hiasan bercahaya sepanjang 2.6 kilometer itu akan berlangsung setiap hari sehingga 30 April dari 7 malam hingga 12 tengah malam, meliputi Changi Road, Geylang Road dan Sims Avenue.



Penyalaan Lampu Hari Raya dilancarkan oleh Presiden Halimah Yacob, serta suaminya Encik Mohamed Abdullah Alhabshee di acara yang diadakan di Wisma Geylang Serai pada Jumaat.



Turut hadir bagi memeriahkan acara penyalaan lampu itu termasuk Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), Encik Edwin Tong; Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman; Mayor CDC South East, Encik Mohd Fahmi Aliman; anggota parlimen (AP) GRC Ang Mo Kio, Cik Nadia Ahmad Samdin; AP GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim; dan AP GRC Sembawang, Cik Mariam Jaafar.



Dalam ucapan pembukaannya, Encik Tong berkata ini adalah Ramadan dan Hari Raya pertama tanpa sekatan pandemik dalam tiga tahun.



"Kita tidak akan berada di sini tanpa pengorbanan masyarakat Melayu/Islam yang terjejas sejak tiga Raya yang lalu. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua," ujar Encik Tong yang turut menyampaikan sebahagian ucapannya itu dalam Bahasa Melayu.



Encik Fahmi pula berkata:



"Sedang kita beralih ke masa depan pascapandemik, lebih banyak lagi cabaran akan muncul dan menguji daya tahan kita sebagai sebuah negara.



"Pihak pemerintah komited untuk memelihara dan mengukuhkan peranan dan tanggungjawab kami di tengah-tengah ketidaktentuan global ini.



"Kerjasama dan sokongan masyarakat sepanjang beberapa tahun yang lalu sangat berharga, dan kami berterima kasih atas daya tahan anda dan komitmen semasa tempoh yang mencabar ini."



Tema bagi Penyalaan Lampu Hari Raya 2023 ialah Masyarakat Gemilang yang bermatlamat untuk melambangkan bagaimana masyarakat Melayu/Islam telah berkembang maju sebagai sebuah masyarakat bersama, bangkit daripada gangguan yang disebabkan oleh pandemik dengan menunjukkan kecekapan, perwatakan dan rakyat.



Laporan lanjut: Semangat perayaan terasa di Geylang, Kg Glam




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >