Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Geylang Serai kembali istimewa

Mar 26, 2022 | 05:30 AM



SEKITARAN kawasan Geylang Serai kini meriah, dengan cahaya bergemerlapan dan dijangka lebih semarak selepas sendu sejak dua tahun lalu akibat pandemik Covid-19.



Apatah lagi, warna suasana sepanjang Geylang Road dan Sims Avenue cukup gah dengan hiasan Lampu Hari Raya sepanjang Ramadan ini hingga 8 Mei - bermula dari 7 malam hingga 12 tengah malam.



Penyalaan lampu itu dilanjutkan hingga 2 pagi setiap Jumaat dan Sabtu dan 6 pagi pada Malam Raya.



Dengan tema Gotong Royong - Perpaduan dan Berdaya Tahan, penyalaan Lampu Hari Raya 2022 menyambut semangat hidup berjiran, kebaikan dan sikap saling membantu satu sama lain.



Pengunjung ke Geylang Serai menerusi Sims Avenue dan Changi Road akan dialu-alukan dengan ucapan Selamat Hari Raya dipaparkan di gerbang utama pintu masuk.



Bangunan di sekitar Geylang Serai turut dinyalakan dengan lampu berunsur Islamik serta motif bunga-bunga Lebaran.



Penyalaan Lampu Hari Raya dilancarkan malam tadi oleh Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, dalam satu acara yang diadakan secara hibrid.



Yang turut hadir: Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim; dan Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat South East, Encik Mohd Fahmi Aliman.



Bazar dalam talian, Bazar Kita, yang dianjurkan buat tahun kedua atas kerjasama Wisma Geylang Serai dengan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), turut dilancarkan semalam.



Suasana di Geylang Serai tahun ini juga dihangatkan dengan kemunculan semula bazar Raya, namun pada skala lebih kecil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >