Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Geylang Serai ruang interaksi pelbagai kaum: Desmond

Jul 17, 2021 | 05:30 AM



KAWASAN seperti Geylang Serai bukan hanya ruang untuk masyarakat etnik tertentu berkembang dan maju, bahkan ia ruang untuk kaum berbeza berinteraksi dan belajar menghargai budaya satu sama lain.



Oleh itu, usaha memastikan Geylang Serai kekal bersemangat dan bertenaga tidak hanya menyumbang kepada kejayaan kawasan itu, malah kepelbagaian dan keharmonian masyarakat berbilang budaya di Singapura, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.



Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis pengumuman reka bentuk wajah baru Geylang Serai dan majlis pecah tanah Anjung@Wisma Geylang Serai (WGS) semalam.



Anjung@WGS adalah kemudahan berbumbung di sebelah bangunan WGS yang akan menawarkan tempat bagi kegiatan sosial seperti acara sukan dan majlis perkahwinan apabila ia siap pada pertengahan tahun depan.



Majlis itu turut mendedahkan reka bentuk bagi 'gerbang masuk' ke Jalur Budaya Geylang Serai yang sedang diberi nafas baru bagi menjadi kawasan budaya yang bertenaga.



Rancangan bagi ruang di hadapan Joo Chiat Complex dan Pasar Geylang Serai turut diumumkan.



"Tempat seperti Geylang Serai, serta Little India, Chinatown, dan Kampong Glam, adalah titik budaya penting bagi identiti dan warisan masyarakat etnik berbeza di Singapura.



"Tempat-tempat itu kekal dan terus menjadi titik budaya penting, sebagai hasil pendekatan bersepadu yang kita ambil terhadap perancangan bandar kita," kata Encik Lee.



Kawasan itu, walaupun mengandungi warisan budaya unik masyarakat etnik berbeza di sini, tetap dipastikan inklusif dan mudah diakses semua orang.



Ruang bandar Singapura justeru mencerminkan jenama berbilang budaya negara ini, kata Encik Lee, yang menambah estet perumahan di sini juga mempunyai ciri sedemikian.



"Kami merancangnya dengan teliti, untuk cuba menyediakan khidmat dan kemudahan bagi setiap masyarakat etnik - daripada pilihan makanan di pusat penjaja kepada tempat ibadah.



"Kami juga menyediakan banyak ruang bersama, daripada kelab masyarakat kepada taman permainan dan kolong blok, untuk jiran-jiran daripada pelbagai kaum bergaul," kata Encik Lee.



Beliau turut menyebut tentang Dasar Integrasi Etnik (EIP) bagi perumahan awam yang bertujuan memastikan keseimbangan gabungan kumpulan etnik yang tinggal di estet HDB bagi menggalak keharmonian kaum dan memperkukuh perpaduan sosial.



Encik Lee akur pelaksanaan dasar itu ada ketidaksempurnaannya, dan pemerintah sedang meneliti apa lagi yang boleh dilakukan untuk memperbaikinya.



"Dengan dasar proaktif seperti EIP, dan perancangan serta reka bentuk estet dan kejiranan yang bertimbang rasa, kita dapat menggalak lebih banyak interaksi antara kaum berbeza.



"Sebaliknya, tanpa usaha yang disengajakan seperti itu untuk menggalak percampuran antara masyarakat etnik, kita mungkin akhirnya memisahkan diri kita, dengan setiap masyarakat tinggal di bahagian berbeza Singapura. Saya gembira kerana kita tidak memilih jalan ini di Singapura," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >