Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Geylang Serai sesak jelang Raya tapi belum kembali ke tahap prapandemik, kata pegerai

Apr 20, 2023 | 09:44 PM



PASAR Geylang Serai sesak dengan pembeli pada Khamis, dua hari sebelum Hari Raya, sedang ratusan orang membanjiri pasar popular itu untuk mendapatkan ayam, daging dan sayur-sayuran untuk masakan tradisional lebaran.



Ramai yang beratur panjang di gerai daging lembu dan sayur-sayuran, manakala penjual janur melaporkan jualan laris apabila Berita Harian mengunjungi pasar itu pada sebelah pagi.



“Ini adalah hari yang paling sibuk minggu ini. Jumlah pengunjung mula meningkat sekitar Khamis lalu,” kata pemilik gerai daging Haji Abu Bakar, Encik Muhd Shahid Yusoff, 32 tahun.



Meskipun ramai yang kelihatan beratur di gerainya, Encik Shahid berkata jumlah pelanggan tahun ini belum lagi capai tahap prapandemik. “Ini hanya sekitar 70 peratus sahaja,” tambah beliau yang kemudian berkata bahawa kesesakan pengunjung pagi Khamis lebih terurus kerana cuaca hujan.



Selain berniaga secara fizikal di gerainya, beliau juga telah mengambil pesanan daging pada tempoh awal Ramadan untuk dihantar kepada pelanggan dan ini menerima respons yang amat menggalakkan. 



Bagi pemilik gerai N.N Coconut yang menjual janur selain kelapa parut, Encik Muhammad Nabil Mohamed Nasser, berkata janur laris dijual Ramadan ini



“Tahun ini ramai yang membeli  janur. Saya membawa masuk bekalan sebanyak 5 tan janur dan kini hanya tinggal sekitar 3 peratus sahaja,” kongsi Encik Nabil yang juga gembira dengan jumlah pengunjung minggu ini. 



Namun, Encik Nabil turut meluahkan bahawa jumlah pengunjung Pasar Geylang Serai belum mencapai tahap prapandemik dan hanya sekitar 70 peratus.



Pemilik gerai Aliya Maria Enterprise, Encik Kamal Samsudin mengalami sebaliknya pula. Menurut Encik Kamal, jumlah pelanggannya dapat dibandingkan dengan tempoh prapandemik. 



“Sejak minggu lalu sudah ramai yang datang membeli serai, lengkuas dan daun-daun. Esok pun saya jangka ramai juga yang akan datang untuk membeli bahan-bahan memasak,” kongsi Encik Kamal yang juga memerhatikan pelanggannya yang kini berbelanja lebih dengan setiap pembelian bernilai sekitar $50 secara purata.



Antara pelanggan yang membeli janur ialah Encik Mohamad Zailani Mohamad Said, 62 tahun. 



“Beli janur tak boleh beli terlalu awal nanti kering. Setiap tahun, keluarga saya mesti anyam ketupat. Saya juga telah mengajar ke semua empat anak cara menganyam. 



“Bagi saya, menganyam ketupat satu tradisi yang saya tidak ingin melihatnya pupus,” ujar bapa empat anak dan datuk kepada empat cucu itu yang telah membeli seikat janur. 



Beliau telah ke pasar Geylang bersama isterinya yang juga telah membeli barangan mentah. 



Seorang lagi pelanggan di gerai N.N Coconut ialah Encik Rahim Salleh, yang turun ke pasar Geylang hanya untuk membeli janur. 



“Barangan lain semua sudah beli. Hanya janur belum kerana tidak boleh anyam terlalu siang. Ketupat yang sedap dan mantap adalah apabila ia dianyam dan direbus sehari sebelum Hari Raya,” ujarnya. 



Bagi staf jururawat Cik Roharni Khalid, yang ditemui semasa beratur membeli daging mengongsi bahawa oleh kerana pekerjaannya, beliau mampu keluar membeli barangan masakan dua hari sebelum Raya.



“Ini sudah menjadi tabiat keluarga, ke pasar pada hari-hari terakhir dan kemudian terus masak,” kongsi ibu berusia 55 tahun itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >