Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:29
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

SALAM AIDILFITRI

Ghairah sambut Raya di rumah baru lebih selesa

Jun 05, 2019 | 05:30 AM

SELAMA tiga tahun lalu, Encik Nor Fahmi Nordin dan keluarganya menyambut Syawal di flat sewa mereka di Punggol dengan penuh kesederhanaan.

Malahan, Encik Nor Fahmi, 25 tahun, tidak pernah menyajikan kuih atau membuat rumah terbuka untuk tetamu selain daripada keluarga terdekat ekoran ruang flatnya di Edgedale Plains yang sempit.

Bagaimanapun, tahun ini lebih ceria bagi keluarganya kerana mereka menyambut Lebaran di flat tiga bilik baru di Yishun.

Encik Nor Fahmi dan keluarganya yang berpindah ke flat Jualan Baki Flat (SBF) itu pada Disember tahun lalu, membeli flat mereka pada harga $207,000, dengan bantuan geran bernilai $70,000.

Bapa dua anak itu menjelaskan, Hari Raya tahun ini pasti lebih bermakna buat keluarganya, selepas menetap di rumah sewa sejak tiga tahun lalu.

Berita Popular

"Memang ghairah hendak beraya di rumah baru kerana ia sesuatu yang berbeza untuk keluarga, walaupun flat kami belum disiapkan sepenuhnya.

"Apabila kami pindah, kami tidak melakukan banyak ubah elok seperti tidak membuat dapur atau kabinet sebab ingin utamakan apa yang perlu dahulu," ujarnya yang kini mengendalikan perniagaan sendiri bersama isterinya, Cik Siti Nur Arfina Peer Mohamed, 25 tahun.

Apa yang paling ketara, tidak seperti tahun-tahun lalu, kali ini mereka akan menghidangkan kuih-muih lebih lengkap dan merancang menganjurkan rumah terbuka untuk lebih ramai saudara-mara dan teman-teman.

"Di flat sewa memang tidak ada bilik dan sangat sempit. Masuk rumah kami sahaja ada katil.

"Hendak menghidangkan makanan pun tidak ada banyak tempat apatah lagi ruang untuk tetamu duduk dengan selesa.

"Jadi memang tiga tahun lalu, Hari Raya kami sederhana sahaja, tiada kuih dibeli melainkan keluarga yang beli dan kami hanya menjemput keluarga dan saudara rapat sahaja.

"Sering kali kami luangkan Raya di rumah keluarga atau saudara-mara," jelas Encik Nor Fahmi.

Mengimbas semula pengalaman membeli rumah, Encik Nor Fahmi berkata beliau dan isteri terpaksa menyewa rumah kerana ruang terbatas di rumah keluarga masing-masing.

"Pada masa itu, kami tiada pilihan sebab rumah di kededua pihak keluarga tidak cukup bilik.

"Apabila kami mendapat flat sewa, saya pun baru selesai Perkhidmatan Nasional (NS) dan memulakan pekerjaan sebagai teknisyen pesawat.

"Kami gigih menyimpan wang untuk mendapatkan flat sendiri dan apabila sudah dapat, kami pastikan belanja dengan cermat," ujarnya.

Sebelum berpindah, pasangan yang jimat berbelanja itu membeli satu set perabot terpakai lengkap untuk rumahnya pada sekitar $3,000 - yang termasuk televisyen, sofa, mesin cuci dan katil.

"Harapan kami ialah memastikan rumah kami diubah elok sepenuhnya walaupun secara perlahan-lahan dan mengelak hutang.

"Kami mahu membesarkan anakanak dalam suasana selesa," tambahnya.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map