Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Giat bantu warga pelbagai bangsa integrasi dalam keluarga besar S’pura

Feb 16, 2020 | 05:30 AM



KEJADIAN rusuhan kaum yang berlaku sewaktu masih berusia sembilan tahun meninggalkan kesan yang mendalam dalam dirinya.



Waktu itu, beliau baru sahaja habis sekolah apabila keadaan menjadi amat huru-hara.



Meskipun beliau berbangsa Melayu, seorang wanita Cina dan anak-anaknya membawanya ke rumah mereka yang berhampiran supaya beliau dapat berlindung daripada rusuhan yang berlaku.



Kejadian itu menyentuh jiwanya dan merupakan antara sebab mengapa Encik Abdul Rashid Ibrahim masih giat melibatkan diri dalam kegiatan masyarakat hingga ke hari ini.



Menceritakan pengalamannya, Encik Rashid berkata: “Ada satu jiran Cina di kampung Melayu saya... Apabila beliau menghadapi masalah semasa rusuhan itu, seluruh kampung bersatu membantunya.



 


“Ini yang mendorong saya membantu mereka yang mempunyai budaya dan latar belakang berbeza untuk berintegrasi dalam masyarakat Singapura, hingga hari ini. Ini kerana saya percaya mereka juga dapat menyumbang kepada pembangunan negara,” ujarnya.



Encik Rashid, 65 tahun, yang menyokong keharmonian kaum juga mengamalkannya dalam kehidupan peribadi beliau, dengan mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita berketurunan Cina.



Lama-kelamaan, Encik Rashid sendiri memahami bahasa Mandarin dan sedikit Hokkien.


 


Sejak 15 tahun lalu, Eksekutif Latihan Memandu Tentera itu giat meluangkan masa lapangnya dalam Jawatankuasa Penduduk (RC) Tampines Changkat termasuk Jawatankuasa Integerasi dan Pewarganegaraan (INC).



Beliau juga sebahagian daripada Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama (IRCC) Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), dan memberi perkongsian kepada warga baru mengenai agama dan kumpulan Qaryah – masyarakat Muslim di kejiranan – di Tampines.



Baru-baru ini, Encik Rashid membantu membawa warga baru berjalan-jalan di kawasan Tampines sebagai sebahagian jejak warisan MCCY.



Selain berkongsi budaya dan agamanya sendiri, bapa tiga anak itu juga rajin mendekati masyarakat beragama lain, misalnya membantu menganjur perhimpunan sewaktu upacara Hindu, supaya warga baru dari India serta pendatang dapat berkongsi tentang budaya mereka.



Dalam pada itu, datuk empat cucu itu akan selitkan keunikan Singapura seperti bahasa Singlish dan budaya pusat penjaja.



Menurut beliau, sebagai seorang rakyat Singapura, beliau mahu membantu pendatang baru berintegrasi dalam masyarakat supaya mereka dapat lihat warga Singapura seperti keluarga besar mereka juga.



Ini, menurutnya, boleh membawa kepada perhubungan yang lebih baik.



“Dengan adanya mereka untuk bekerja di samping warga tempatan, ini juga akan membantu membangunkan ekonomi Singapura,” ujarnya.

Encik Rashid berharap warga Singapura dan generasi lebih muda dapat lebih bersikap terbuka terhadap pendatang baru.



Rencana ini dihasilkan dengan sokongan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >