Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Giat bimbing belia sebab tidak mahu mereka tersilap sepertinya

Pengurus program badan tidak berasas keuntungan Tasek Jurong guna pengalaman sendiri untuk dengar dan fahami remaja
Jul 18, 2020 | 05:30 AM



SETELAH melalui pengalaman pahit semasa mendewasa, Encik Shaiful Nizam Sabtu, 30 tahun, belajar daripada kesilapan lalu dan bertekad membantu dan membimbing belia untuk tidak mengikut jejaknya.



"Saya tahu apa yang patut dijauhi. Jadi saya harap mereka tidak akan melakukan perkara yang sama," ujar Encik Shaiful.



Apabila ditanya apakah yang berlaku, beliau berasa tidak selesa untuk menceritakannya.



Sekarang, beliau seorang pengurus program di Tasek Jurong, sebuah pertubuhan tidak berasaskan keuntungan (NPO) yang bertujuan menyokong dan mempertingkat kehidupan benefisiari, termasuk orang kurang upaya, bekas banduan, belia berisiko, ibu bapa tunggal dan golongan kurang bernasib baik serta keluarga mereka dalam masyarakat Taman Jurong.



Tujuan utama beliau ingin bekerja dengan belia ialah membimbing mereka - kesedaran yang datang daripada pengalamannya mendewasa dulu tanpa mempunyai sesiapa untuk membimbingnya, atau mendengar dan memahami akan masalahnya, kata Encik Shaiful.



Melalui pekerjaannya itu serta niat hendak membantu, Encik Shaiful dapat menjadi seorang yang dapat memenuhi sekurang-kurangnya satu keperluan belia - didengari dan difahami.



Beliau selalu cuba sedaya upaya untuk membaiki keadaan belia yang dibantunya.



Sejak melibatkan diri dalam platform sebegini dalam masyarakat, beliau berasa gembira dan puas hati kerana dapat menerapkan sikap positif dalam diri belia berisiko.



Tasek Jurong mengatur dan menyediakan program bukan untuk belia sahaja, bahkan kanak-kanak semuda satu tahun.



Pertubuhan itu percaya bahawa hubungan antara ibu bapa dan anak sangat penting dan ikatan kukuh lebih senang dipupuk semasa anak masih kecil.



"Saya rasa program-program yang kami atur untuk kanak-kanak sekolah rendah juga bermanfaat bagi mereka dan pada masa yang sama, kami dapat memantau mereka.



"Ini usaha pencegahan, yang lebih baik daripada harus menyelesaikan masalah pada hari kemudian," tambah Encik Shaiful.



Antara usaha Tasek Jurong ialah mengadakan sesi Zoom untuk berinteraksi dengan belia dalam situasi pandemik Covid-19 ini.



Tasek Jurong dulunya dikenali sebagai Beacon of Life Academy (BOLA), dan Encik Shaiful menjadi sukarelawannya sejak beliau menjalani Perkhidmatan Negara (NS).



Encik Shaiful terlibat dalam latihan bola sepak untuk belia memandangkan beliau mantan pemain Liga Prime.



Beliau ditawarkan pekerjaan di Tasek Jurong selepas lulus dengan diploma dalam pengurusan sukan dan riadah daripada Republik Politeknik pada 2016,



Encik Shaiful berkata tunggak hidup beliau ialah isterinya, yang selalu berada di sisinya.



Pasangan suami isteri itu berasa ghairah kerana akan menimang anak pertama mereka akhir bulan ini.



"Nasihat saya kepada semua belia yang fikir mereka sesat dan dalam keadaan rumit, janganlah putus asa. Bersikap positif, tabah dan fikir jauh untuk masa depan. Jangan ambil jalan yang senang, jangan putus asa," katanya.




"Saya tahu apa yang patut dijauhi. Jadi saya harap mereka tidak akan melakukan perkara yang sama. Nasihat saya kepada semua belia yang fikir mereka sesat dan dalam keadaan rumit, janganlah putus asa. Bersikap positif, tabah dan fikir jauh untuk masa depan. Jangan ambil jalan yang senang, jangan putus asa."
- Encik Shaiful Nizam Sabtu, pengurus program di Tasek Jurong, sebuah pertubuhan tidak berasaskan keuntungan (NPO) yang membantu benefisiari di Taman Jurong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >