Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Giat lindungi diri, keluarga dari denggi...

May 19, 2022 | 05:30 AM



PARA penduduk di kawasan Bukit Timah yang merupakan titik panas penyakit denggi, kini mengambil langkah pencegahan bagi melindungi diri dan keluarga, sedang angka penyakit tersebut terus melonjak naik sejak kebelakangan ini.



Seperti penduduk lain di kawasan itu, Encik Amirul Hairi Mohamed Rawi, 41 tahun, juga mengamalkan langkah-langkah pencegahan selepas kes-kes di kejiranan tempat tinggalnya turut mencatatkan kenaikan.



Antara lain peguam korporat itu memastikan piring alas bagi setiap pasu bunganya dibersihkan dan tidak bertakung air, tiada air yang bertakung dalam baldi atau longkang, selain meletakkan ubat cegah jentik-jentik di sudut-sudut yang kemungkinan membiak nyamuk.



Selain itu beliau sekeluarga akan pastikan mereka tidak berada di luar rumah dan kesemua tingkap ditutup menjelang maghrib.



Sejak awal tahun ini, Singapura telah mencatatkan lebih 8,500 kes denggi - lebih banyak kes berbanding sepanjang tahun lalu dan lebih tinggi berbanding keseluruhan tempoh yang sama setiap tahun sejak 2018 hingga tahun lalu.



Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) telah memberi amaran bahawa Singapura akan menyaksikan tercetusnya banyak kes denggi tahun ini, terutamanya sejak kes-kes tersebut melonjak sebelum kemuncak musimnya - bermula Jun hingga Oktober.



Laporan lanjut: Fokus Berita: Ambil langkah proaktif cegah penularan denggi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >