Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ANUGERAH JAUHARI

Giat pelihara hubungan erat antara pemimpin agama

Oct 12, 2019 | 05:30 AM



SEJAK kecil lagi, Habib Hassan Al-Attas membesar dengan jiran berlainan agama di sekelilingnya, dan keluarga mereka akrab sampai sekarang.



Hinggakan beliau menganggap ibu jiran Katoliknya, sebagai ibunya sendiri.



"Saya ingat lagi, apabila saya kecil dan jatuh cedera, beliau lari keluar dari rumahnya untuk merawat luka saya," ujar Habib Hassan, dalam satu sesi wawancara dengan media semalam.



Membesar dalam suasana yang mesra dengan pelbagai penganut agama, Habib Hassan - atau nama penuhnya Syed Hassan Mohamed Al-Attas - hari ini merupakan antara penggiat keharmonian antara agama di Singapura.



Beberapa jiran yang membesar dengannya di kawasan perumahan di Upper Serangoon itu juga menjadi pemimpin agama, seperti beliau sendiri.



Habib Hassan, 67 tahun, menerima Anugerah Jauhari Berita Harian ke-21 semalam bagi sumbangannya kepada pembangunan kehidupan agama serta keharmonian agama di Singapura.



"Saya terperanjat menerima anugerah ini kerana ada ramai lagi orang yang berjasa tetapi mungkin mereka tidak ke hadapan.



"Saya rasa diri saya sendiri ibarat satu titik dalam lautan yang dalam," ujar Habib Hassan, apabila ditemui di Masjid Ba'alwie.



Beliau telah berkhidmat lebih empat dekad sebagai imam masjid di Lewis Road itu sejak 1976, setelah pemergian bapanya, Habib Muhamad Salem Al-Attas, yang juga pengasas masjid itu.



Habib Hassan kini merupakan antara imam paling lama berkhidmat di Singapura.



Sebagai penggiat dalam Pertubuhan Antara Agama (IRO), Habib Hassan memupuk hubungan erat dengan pemimpin agama lain, yang jarak antara mereka hanya 'sejauh satu panggilan telefon'.



"Semua agama mempunyai satu tujuan - untuk memupuk insan yang baik.



"Saya sendiri banyak baca buku tentang agama lain. Anda akan dapati pepatah indah dalam setiap agama," ujar Habib Hassan, yang fasih memetik ajaran lain, seperti daripada ahli falsafah Lao Tzu dan pengasas agama Sikh, Guru Nanak.



Kata Habib Hassan lagi, masyarakat memerlukan pemimpin agama yang berhati terbuka dan ikhlas untuk memahami agama lain.



Beliau meluahkan keprihatinannya, kanak-kanak generasi sekarang kurang bergaul dengan jiran mereka.



Beliau juga bimbang tentang media sosial dan pengaruh daripada luar yang boleh menjejas hubungan antara kaum dan agama.



Ditanya mengenai kerencaman dalam agama, Habib Hassan berkata dalam Islam, hubungan Sunni-Syiah bukan sesuatu yang baru, dan rata-ratanya tidak menimbulkan masalah di Singapura sebelum ini.



Beliau memberi contoh kes kembar Siam dari Iran, Allahyarhamha Ladan dan Allahyarhamha Laleh Bijani, yang meninggal dunia di Singapura pada 2003.



Solat jenazah mereka dijalankan di Masjid Ba'alwie, dan dihadiri ribuan orang termasuk rakyat Iran dan Muslim setempat.



Namun, Habib Hassan akur perbezaan akan terus wujud antara pelbagai masyarakat, termasuk dalam agama sendiri.



"Sedangkan suami isteri bertengar, apa lagi orang lain," ujarnya.




APA KATA PANEL PEMILIHAN



“Sumbangan Habib Hassan kepada masyarakat dan dialog antara agama menunjukkan dedikasi dan kegigihannya dalam bidang ini. Ini juga menjadikannya suri teladan kepada orang di kelilingnya.”
– Encik Saat A. Rahman, Editor Berita Harian/Minggu.



“Habib Hassan bukan sahaja menggalak keharmonian antara agama dan bercakap tentangnya tetapi beliau turut bertindak. Beliau mengadakan pertemuan dengan pemimpin pelbagai agama dari dalam dan luar negara. Apa yang beliau lakukan dalam konteks Singapura amat penting kini kerana tanpa keharmonian agama dan kaum di sini, kita tidak mungkin boleh wujud bersama.”
– Encik Abdullah Tarmugi, mantan Speaker Parlimen dan Ketua Pengadil Anugerah Jauhari.



“Dalam kehidupan ini, kita sering berdepan dengan pelbagai cabaran dan seseorang itu memerlukan dedikasi, ketabahan, daya tahan dan rasa cinta tanpa mengira bangsa, agama, bahasa atau kepercayaan untuk mengatasinya. Habib Hassan menghidupkan nilai ini. Beliau juga merupakan seorang duta sosial yang menyatukan masyarakat kita supaya kita dapat hidup dengan aman, harmoni dan makmur. Pada masa yang sama, beliau tetap rendah hati dan lemah lembut.”
– Profesor Madya Abdul Razakjr Omar, Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Raffles yang juga penerim Anugerah Jauhari 2013.



“Beliau dengan caranya yang tersendiri, walaupun dengan diam-diam, telah banyak menyumbang kepada keharmonian yang kita nikmati di Singapura hari ini. Sumbangannya tidak ternilai dan Singapura terhutang budi kepada Habib Hassan atas sumbangan dan pengorbanannya menjadikan Singapura tempat tinggal yang lebih baik buat setiap warga.”
– Encik Suhaimi Rafdi, Pengarah Kanan Our Tampines Hub yang juga penerima Anugerah Jauhari 2012.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >