Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gigih balik tabir sokong usaha SG lawan Covid-19

Cabaran yang dihadapi penolong penyelidik NCID dorongnya lanjut pelajaran bagi 'bantu cari huraian' penyakit berjangkit
Apr 01, 2022 | 05:30 AM



DI balik kemas kini kes Covid-19 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (MOH) setiap hari, adalah penyelidik dan saintis penyakit berjangkit seperti Cik Nurhidayah Mohamed Yazid.



Mereka gigih bekerja menyokong operasi itu sebagai tugas tambahan, selain kerja harian mereka.



Cik Nurhidayah, penolong penyelidik berusia 28 tahun, menyertai Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) pada 2017 selepas lulus daripada Universiti Griffith di Australia dalam sains bioperubatan.



Apabila pandemik Covid-19 melanda Singapura pada 2020, beliau dikerah membantu usaha mengenal pasti hasil Ujian Rantaian Polimerase (PCR) dengan mengeluarkan genom DNA daripada sampel jangkitan Covid-19.



Pada masa itu, pasukannya menangani bilangan sampel yang "tidak habis-habis" memandangkan jumlah jangkitan amat tinggi.



Biarpun tugasnya lebih mencabar sejak Covid-19 melanda, Cik Nurhidayah berkata ia membuat beliau lebih sedar betapa pentingnya peranan beliau sebagai penyelidik.



"Setiap hari kami perlu melakukan pelbagai eksperimen bagi menyokong usaha mencari huraian bagi penyakit berjangkit," kata Cik Nurhidayah.



Tugas hariannya di NCID ialah dalam penyelidikan daya tahan antimikrobial (AMR) dalam pelbagai jenis penyakit, seperti demam denggi, cacar monyet, influenza H1N1 dan zika.



AMR itu merujuk kepada daya tahan virus daripada kaedah rawatan atau perubatan (ejen antimikrobial) menerusi mutasi yang boleh menjejas keberkesanan rawatan sedia ada.



Dengan virus kian berubah, cabaran pekerjaan Cik Nurhidayah juga bertambah.



"Seperti virus Covid-19, yang boleh memutat, misalnya daripada Delta kepada Omicron, virus lain juga menjalani proses sama.



"Dengan itu tugas kami seolah-olah mengejar masa setiap hari kerana sangat sukar untuk 'menangkap' virus itu pada peringkat yang sesuai bagi menjalankan kajian," jelasnya.



Covid-19 juga mendorong beliau melanjutkan pengajian dalam bidang itu ke peringkat sarjana kerana ingin membantu dunia perubatan mencari huraian bagi penyakit berjangkit - bukan Covid-19 sahaja - yang kian berkembang.



Beliau kini menyertai program pascasiswazah sambilan di Sekolah Kebersihan dan Perubatan Tropikal London



"Covid-19 telah memotivasi saya berbuat demikian kerana saya perlu mengikuti perkembangan pengetahuan berkenaan penyakit berjangkit yang ada di luar sana," kata Cik Nurhidayah.



Selain membantu dalam tugas mengenal pasti hasil ujian PCR pada 2020, tugas hariannya termasuk menjalankan penyelidikan dalam bidang AMR.



Dengan ini, Cik Nurhidayah banyak menyumbang kepada usaha Singapura mencegah Covid-19, umpamanya dengan membantu dalam kajian penggunaan ujian pernafasan (breathalyzer) sebelum ia dilancarkan.



Kaedah ujian itu - yang boleh mengenal pasti hasil jangkitan Covid-19 dalam satu minit menerusi pernafasan - kini digunakan dalam sektor tertentu, seperti bagi pekerja Lapangan Terbang Changi dan Pusat Pemeriksaan Tuas.



Tugas Cik Nurhidayah dalam hal ini termasuk memastikan peserta kajian mematuhi protokol kebersihan, supaya tidak menjejas hasil ujian tersebut.



Beliau juga mambantu dalam siasatan seroepidemiologikal bagi jangkitan Covid-19, yang menyelidik kemunculan antibodi terhadap virus itu dalam kalangan masyarakat tempatan.



"Apabila kita melihat bilangan kes harian, itu hanya bilangan kecil berbanding sampel darah yang kami kaji kerana kami menerima lebih daripada jumlah itu setiap hari," kata Cik Nurhidayah.



"Kajian ini penting kerana ia memberitahu kami bahawa ada anggota masyarakat sudah memperoleh daya tahan daripada Covid-19.



"Ini juga akan mempengaruh cara saintis dan pakar perubatan ingin berkongsi fakta itu kepada pihak berkepentingan," tambahnya.



Kini Cik Nurhidayah sedang sibuk juga membantu dalam kajian keberkesanan sebuah kit ujian Covid-19 baru yang menggunakan sampel air liur berbanding swab lobang hidung yang ada di pasaran sekarang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >