Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gigih bantu pesalah agar kekal bebas jenayah

Nov 13, 2023 | 05:30 AM



Meskipun sudah sembilan tahun bekerja dengan Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS), beliau tanpa jemu membantu pesalah menuju ke arah pemulihan dan pulang ke pangkuan masyarakat.

Banyak kisah pesalah yang menyentuh hati telah disaksikannya sendiri, dan semangat Encik Muhammad Sadiq Saad terus membara untuk meneruskan misi itu.

Dalam peranannya sebagai Penolong Superintendan Penjara, Encik Muhammad Sadiq memupuk semangat bekerjasama dengan rakan kongsi masyarakat, memastikan keperluan banduan diuruskan dengan berkesan selepas pembebasan.

Atas kesungguhan beliau dan pasukannya dari Divisyen Pemulihan dan Integrasi Semula SPS dalam usaha mengurangkan kebentanan, mereka menerima Anugerah Pencapaian Home Team Kementerian Ehwal dalam Negeri (MHA) baru-baru ini.

Semasa ditemui Berita Harian (BH), Encik Muhammad Sadiq, 37 tahun, yang memiliki ijazah dalam bidang sosiologi dari Universiti Nasional Singapura (NUS) berkata:


“Matlamat utama kita di SPS adalah memastikan pesalah tidak melakukan kesalahan jenayah berulang kali.

“Namun, ini memang senang diungkap tetapi susah nak dicapai memandangkan proses pemulihan merangkumi pelbagai aspek, dan memerlukan masa serta pendekatan menyeluruh.”

Beliau menekankan bahawa pesalah “masih boleh mengubah kehidupan mereka dan mengekalkan gaya hidup bebas jenayah” dengan “sokongan dan peluang yang mencukupi”.

Seiring kerjasama rakan kongsi masyarakat, ia membina sistem sokongan kukuh untuk bekas pesalah, yang bukan sahaja mencegah mereka daripada tingkah laku jenayah, bahkan menggalak mereka menyumbang secara aktif kepada masyarakat.

“Sebagai contoh, kami pernah bekerjasama dengan rakan kongsi akar umbi untuk mengadakan acara yang melibatkan bekas pesalah dalam kegiatan pengagihan daging korban.

“Saya terharu apabila melihat seorang bekas pesalah membawa anak perempuannya, yang berkeperluan khas, ke acara itu.

“Anaknya kelihatan amat gembira dan bangga melihat bapanya berkhidmat kepada masyarakat,” katanya, yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak perempuan berusia lima tahun.

“Ini menjadi bukti potensi perubahan dan kejayaan, bukan sahaja buat bekas pesalah, bahkan keluarga mereka juga,” tambahnya.

Encik Sadiq turut berkongsi satu kerjasama bersama Fitrah, program yang dilancar Majlis Ugama Islam Sinagpura (Muis), Ia telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan perkhidmatan banduan beragama Islam.

Ia juga melibatkan masyarakat dalam membantu keluarga yang mempunyai ahli keluarga yang dipenjarakan dan bekas pesalah.

“Kita ingin meningkatkan jumlah mereka yang aktif dalam kegiatan sosial yang berdasarkan kepercayaan agama dalam masyarakat, serta memberi mereka peluang menjalin hubungan bermanfaat dengan asatizah, penasihat dan sukarelawan daripada Fitrah.

“Ramai pesalah telah menunjukkan penghargaan terhadap jasa asatizah dan sukarelawan daripada Fitrah. Ada juga bekas pesalah yang turut menjadi sukarelawan serta memberi sumbangan sebagai sahabat dan mentor kepada pesalah lain,” katanya dengan besar hati.

Beliau mengakui kerjanya yang bermakna itu kadangkala memerlukannya kerja malam dan pada hujung minggu.

Sungguhpun begitu, Encik Sadiq menyampaikan rasa terima kasih kepada isterinya, Cik Nadia Mooiz, seorang cikgu yang berusia 35 tahun:

“Saya bersyukur kerana beliau sering menyokong saya dan memahami bahawa apabila kerja saya memerlukan saya keluar malam dan pada hujung minggu.

“Saya amat bertuah beliau memahami kepentingan tugas dan tanggungjawab saya, serta menganggapnya sebagai perkara yang tidak memberatkan.” – DAYANA AZMI




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >