Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Gigih belajar walau pernah terjebak perbuatan nakal

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

CABARAN DUDUKI GCE 'N' DI TENGAH PANDEMIK

Gigih belajar walau pernah terjebak perbuatan nakal

Pelbagai ujian peribadi turut melanda kumpulan pelajar ini
Dec 22, 2020 | 05:30 AM

Menduduki peperiksaan nasional tahun ini memang amat mencabar di tengah-tengah pandemik Covid-19 yang mengubah kaedah pembelajaran. Selain itu, beberapa pelajar turut berdepan pelbagai cabaran tersendiri di peringkat individu. Wartawan BERITA HARIAN menyelami apa yang membuat anak-anak muda ini kekal berdaya tahan dalam menduduki GCE peringkat 'N' tahun ini.


TERPISAH daripada keluarga selama dua tahun kerana ditempatkan dalam Rumah Budak-Budak Lelaki Singapura akibat terjebak dalam perbuatan nakal, remaja ini bertekad untuk berubah dan membuka lembaran baru dalam hidupnya.

Khamis lalu, Daniel (bukan nama sebenar) lulus dalam GCE peringkat 'N' beliau.

Pelajar aliran Normal Akademik berusia 17 tahun itu merupakan antara sekitar 30 penghuni Rumah Budak-budak Lelaki Singapura dan Rumah Budak-budak Perempuan Singapura yang menduduki GCE peringkat 'N' setiap tahun.

Mengongsi kisah beliau bersama Berita Harian, Daniel mengatakan pengalaman di Rumah Budak-budak Lelaki Singapura itu telah membuka matanya untuk memunasabah diri dan memikirkan tentang masa depan.

"Sejak masuk Rumah Budak-Budak Lelaki Singapura, saya sedar saya tidak bebas lagi. Ia beri saya peringatan untuk membuat keputusan yang lebih baik dalam hidup saya," ujar Daniel.

Sebelum ini, Daniel, yang mengalami keganasan keluarga pada usia muda, tidak mengambil endah mengenai pelajaran dan memaparkan prestasi kurang baik di sekolah.

Bergaul dengan rakan-rakan yang tidak berpengaruh baik, beliau juga terlibat dalam pergaduhan dan merokok.

Akibatnya, beliau ditempatkan dalam sebuah rumah tumpangan kanak-kanak pada 2018.

Namun, Daniel melarikan diri dari rumah tumpangan itu dan didapati bersalah mencuri.

Beliau kemudian dimasukkan ke Rumah Budak-budak Lelaki Singapura pada tahun yang sama.

Di sana, Daniel menunjukkan komitmen untuk memperbaiki diri serta pelajarannya.

Ini dibantu dengan kegiatan di Rumah Budak-budak Lelaki Singapura yang membuatnya "pandai menyabarkan diri" dan bimbingan yang diberi pekerja kes Daniel yang dikenali sebagai Encik Ashok.

Kelas-kelas di Rumah Budak-Budak Lelaki Singapura untuk pelajar menduduki GCE peringkat 'N' juga diadakan dalam saiz kumpulan yang kecil sekali gus menjadikan pembelajaran lebih mudah difahami, jelas Daniel.

Anak sulung enam beradik itu menambah keluarganya menjadi motivasi kuat untuk beliau menjadi lebih baik.

Daniel kini kembali ke pangkuan keluarga selepas keluar dari Rumah Budak-budak Lelaki Singapura bulan lalu.

"Rumah Budak-budak Lelaki Singapura buat saya fikir dan sedar sebenarnya saya kena buat keputusan saya sendiri. Jangan ikut kawan sangat dan fikir tentang orang lain. Sebab dulu saya tidak fikir tentang keluarga. Ia buat saya sedar betapa penting keluarga untuk saya," katanya.

Ditanya mengenai reaksi keluarganya tentang keputusan peperiksaan beliau, Daniel berkata "mereka rasa bangga sebab saya orang pertama dalam keluarga untuk habiskan pelajaran Menengah Empat dan lulus".

Daniel, yang bercita-cita menjadi seorang pemain bola sepak profesional, berhasrat melanjutkan pengajian di Institut Pendidikan Teknikal (ITE).

"Jangan mudah putus asa...Walaupun mereka jahat, perangai mereka boleh diubah jika mereka mahu," pesannya.


"Rumah Budak-budak Lelaki Singapura buat saya fikir dan sedar sebenarnya saya kena buat keputusan saya sendiri. Jangan ikut kawan sangat dan fikir tentang orang lain. Sebab dulu saya tidak fikir tentang keluarga. Ia buat saya sedar betapa penting keluarga untuk saya... mereka (keluarga) rasa bangga sebab saya orang pertama dalam keluarga untuk habiskan pelajaran Menengah Empat dan lulus."
- Daniel (bukan nama sebenar), 17 tahun, pelajar aliran Normal Akademik lulus dalam GCE peringkat 'N' walau pernah terjebak dalam perbuatan nakal.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3