SEMASA kecil, setiap kali Dr Siti Nurhanna Riduan dan abangnya bosan, mereka akan mencuba pelbagai eksperimen sains di 'makmal' - dapur ibu mereka.
Sikap ingin tahu dan suka menjalankan eksperimen memupuk minat beliau dalam ilmu kimia hingga sekarang beliau menjadi seorang saintis kimia.