WALAUPUN sudah berusia lewat 50-an tahun dan telah lama berkecimpung dalam bidang yang sama, Encik As'at Rasul percaya pada usaha meningkatkan diri.
Malah, sepanjang kerjayanya dengan Schenker Singapore Pte Ltd sejak 1999, Encik As'at, 57 tahun, tidak pernah melepaskan peluang mempelajari kemahiran baru kerana tahu banyak manfaat yang boleh diraih.