Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Glam Eid: Bazar Raya yang bakal sinari Kg Glam

Mar 04, 2023 | 05:30 AM



TAHUN ini, Bazar Kampong Glam, Raikan Cahaya Ramadan, dijadualkan berlangsung pada 15 Mac hingga 16 April.



Bazar anjuran Persatuan One Kampong Gelam (OKG) itu akan diadakan pada skala yang lebih besar.



Penganjur bazar tersebut, Enniche, menjangkakan lebih setengah juta pengunjung dalam kalangan masyarakat dan pelancong.



Kini, 95 peratus gerai telah ditempah dan penganjur bazar perayaan tahunan itu percaya bazar pasca-Covid-19 tersebut dapat menarik minat orang ramai.



Bazar yang dinamakan 'Glam Eid' itu menyediakan penjualan makanan tradisional dan juga makanan yang akan dijual daripada trak makan terletak di kawasan Pahang Street.



Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) dan Pusat SME@DPPMS juga menaja sebahagian bazar tahun ini, dengan jumlah wang yang tidak didedahkan.



"Bazar 'Glam Eid' ini diadakan secara besar-besaran. Dengan itu, kami berharap ia dapat membantu meningkatkan warisan Melayu kita di samping mendapat tarikan dalam kalangan belia yang kerap datang ke kawasan Kampong Glam, untuk menghayati budaya kita.



"Sambil meraikan semangat Ramadan sebagai masyarakat, bazar ini juga menjadi platform bagi syarikat kecil dan sederhana (SME) turut serta dan menampilkan keusahawanan mereka," kata Timbalan Presiden DPPMS dan Pengerusi Pusat SME@DPPMS, Encik Abu Bakar Mohd Nor.



Berita Harian juga merupakan rakan media Bazar Raya Kampong Glam 2023.



Pengerusi OKG, Encik Muhammad Zaki Maarof, turut berkata:



"Tahun ini, kami menjadikan bazar itu lebih rancak dan meriah. Dengan tajaan oleh DPPMS, ia akan membantu sokong perniagaan milik masyarakat Melayu supaya lebih berjaya."



Beliau turut menambah bahawa ramai pengunjung yang dijangkakan dalam kalangan masyarakat dan pelancong akan membantu menonjolkan daerah Kampong Glam.



Ini akan membantu mengekalkan perniagaan kedai-kedai di sekitar kawasan itu setelah tamat tempoh bazar perayaan.



"Dengan penajaan ini, ia akan membantu kami meneroka konsep yang berbeza untuk bazar 'Glam Eid' serta menarik perniagaan setempat dan juga yang baru," kata Pengarah Enniche, Encik Al Shiddiq Rizal.



Acara terbesar di Kampong Glam itu akan menyediakan lebih 150 gerai makanan dan minuman (F&B) dan juga gerai runcit, meliputi tujuh zon - Kandahar Street, Muscat Street, Baghdad Street, Pahang Street dan tiga lagi tempat letak kereta di sekitar kawasan tersebut.



Selain itu, bazar itu juga menyediakan ruang makan mezanin, di mana pengunjung dapat ke tingkat dua untuk menjamu selera dengan selesa.



Ciri menarik yang boleh dinantikan bazar tersebut termasuk persembahan lampu dron pada hujung minggu dan cahaya lampu bergemerlapan yang akan dipasang di sekitar kawasan tersebut.



Pertunjukan pancaran cahaya di permukaan Masjid Sultan juga boleh dinantikan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >