Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Go-Jek dan DBS bekerjasama tawar khidmat bayaran serantau

Nov 12, 2018 | 01:19 PM



SYARIKAT pengangkutan atau ‘ride-hailing’ Go-Jek bakal bekerjasama dengan DBS Bank untuk menawarkan khidmat bayaran serantau sebelum ketibaannya di Singapura. 



Go-Jek- yang turut disokong Google, Temasek dan Tencent- bakal dilancarkan di Singapura dalam tempoh minggu-minggu akan datang. 



Sebagai sebahagian langkah ini, pelanggan DBS di Singapura “akan menikmati pelbagai keutamaan”, berdasarkan kenyataan bersama kededua pihak. 



“Sebagai bank yang terdahulu dalam menawarkan khidmat-khidmat bayaran dengan lebih empat juta kad debit/kredit yang digunakan serta DBS PayLah!, yang merupakan dompet mudah alih yang paling popular di Singapura, kami komited untuk memudahkan proses bayaran pelanggan kami,” kata ketua kumpulan perbankan pengguna dan pengurusan kekayaan di DBS Bank, Encik Tan Su Shan. 



“Selaras dengan usaha itu, kami tampil bekerjasama dengan syarikat yang mempunyai pemikiran yang serupa seperti Go-Jek, salah satu syarikat teknologi Asia Tenggara yang paling ikonik, untuk membina ekosistem digital inklusif untuk pelanggan kami.” 



Presiden Go-Jek, Encik Andre Soelistyo, berkata syarikat itu mengalu-alukan pelancaran khidmat pengangkutan tersebut di Singapura. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >