Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Goh Si Hou ketuai PUB mulai 22 Julai

PUB
Jun 09, 2022 | 05:30 AM



MANTAN Panglima Tentera Darat, Encik Goh Si Hou, dilantik sebagai ketua eksekutif agensi air negara PUB mulai 22 Julai, umum Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) semalam.



Beliau akan menggantikan Encik Peter Ng Joo Hee, yang akan bersara daripada perkhidmatan pentadbiran.



Encik Ng, 56 tahun, menyandang jawatan ketua eksekutif PUB pada 2015 selepas kerjaya panjang dalam penguatkuasaan undang-undang, menjadi Pesuruhjaya Polis dari 2010 hingga 2015 dan sebelum itu, Pesuruhjaya Penjara dari 2008 hingga 2010.



Beliau memasuki perkhidmatan awam lepas menerima Biasiswa Luar Negara Polis bagi melanjutkan pengajian di Universiti Oxford pada 1985.



Sepanjang perkhidmatannya di PUB, beliau menyelia beberapa pembangunan prasarana air besar seperti Loji Penyahgaraman Tuas pada 2018, Loji Penyahgaraman Marina East pada 2020 dan Loji Penyahgaraman Jurong Island pada tahun ini.



Encik Ng juga menerajui usaha PUB dalam peranan barunya sebagai pihak berkuasa perlindungan pantai negara bagi melindungi negara ini daripada paras air laut yang meningkat.



Ini termasuk membangunkan Model Banjir Pantai-Pedalaman bagi menilai risiko banjir secara menyeluruh, mengkaji huraian kejuruteraan dengan peningkatan berasaskan alam se-mula jadi untuk menangani paras air laut yang meningkat dan menyelia kajian khusus tapak bagi Bandar-East Coast, Jurong Island dan pantai barat laut Singapura.



Encik Goh, 44 tahun, adalah anggota Lembaga PUB sejak 1 April tahun lalu. Sepanjang kerjayanya, beliau memegang pelbagai pelantikan kepimpinan komand dan staf dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) serta peranan dasar dalam Kementerian Pertahanan.



Sebagai Panglima Tentera Darat, beliau mengetuai tentera darat melalui penyelesaian beberapa pencapaian penting bagi Tentera Generasi Ketiga dan meletak asas bagi transformasi generasi seterusnya.



Encik Goh lulusan Universiti Cambridge dan Sekolah Perniagaan Siswazah Stanford. Beliau menerima Pingat Pentadbiran Awam (Emas) (Pertahanan) tahun lalu bagi sumbangannya kepada perkhidmatan awam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >