Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gojek beri amaran komplot tawar tambang satu harga

May 09, 2019 | 12:00 PM



Firma sedia khidmat kereta sewa-privet Gojek telah memberi amaran tentang komplot yang disyaki menipu penumpang bahawa mereka membayar tambang satu harga setiap kali menggunakan khidmat itu.



Penumpang yang ‘terumpan’ boleh membayar tambang sebenar selain apa yang mereka bayar kepada pihak ketiga sebalik komplot itu.



Bercakap kepada The Straits Times, Gojek berkata ia sedang menyiasat dan akan membuat laporan polis.



Pemeriksaan ST menunjukkan khidmat Gojek ditawarkan oleh pihak ketiga tanpa nama dengan harga tetap $12, tanpa mengambil kira jarak atau permintaan.



Tawaran ini mula disebar di media sosial sejak awal bulan lalu. Menurut ST, ia telah mengenal pasti seorang penumpang yang terperdaya.



Menjawab soalan ST, jurucakap Gojek pada Selasa (7 Mei) berkata:



“Kami sedar tentang komplot yang disyaki itu yang disebar menerusi WhatsApp, Facebook dan Telegram, di mana khidmat Gojek ditawarkan.



“Mereka tidak berhubung kait dengan kami atau diperintah Gojek untuk berbuat demikian.”



Berkenaan komplot itu, penumpang yang berminat diminta mengirimkan butiran tempahan mereka kepada nombor telefon bimbit yang ditentukan dan mereka akan menerima gambar skrin yang menunjukkan pengesahan tempahan Gojek. Penumpang diminta membuat bayaran menerusi wadah PayNow kepada pihak ketiga, dan bukan kepada Gojek, sebaik sahaja memasuki kereta.



Antara tawaran yang tersebar adalah pakej 10 tempahan pada harga $100, 20 tempahan ($190) dan 30 tempahan ($280)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >