Gojek dan Carousell jalin kerjasama, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Gojek dan Carousell jalin kerjasama

Jan 24, 2019 | 01:31 PM

 

PENGGUNA Carousell yang baru menggunakan khidmat Gojek berpeluang mendapatkan hingga $13 baucar khidmat kereta.

Ini selepas syarikat khidmat kereta itu mengumumkan kerjasama dengan wadah pemasaran Carousell dalam satu kenyataan hari ini.

Mulai hari ini (24 Januari), pengguna Carousell yang memuat turun aplikasi Gojek dengan menekan iklan Gojek di aplikasi atau laman Carousell akan menerima baucar khidmat kereta tambahan selain 2 baucar diskaun bernilai $5 yang ditawarkan kepada semua pengguna baru Gojek.

Ketua Pengangkutan Sedunia Gojek, Raditya Wibowo berkata: “Di Gojek, kami ingin bekerjasama dengan jenama tempatan yang mempunyai misi yang selaras dengan kami, iaitu untuk mempertingkat mutu kehidupan harian bagi semua pengguna.

Discover Malay Home Based Businesses

“Sebagai pasaran pengguna ke pengguna utama di Singapura, Carousell memudahkan proses bagi pengguna yang ingin menukar barangan dan khidmat. Kami teruja untuk bekerjasama dengan Carousell untuk membangun bersama rakan kongsi yang begitu inovatif.”

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map