FIRMA aplikasi berpangkalan di Indonesia, Gojek telah menyangkal satu laporan yang mengatakan ia sedang merundingkan kemungkinan untuk bergabung dengan Grab, seorang jurucakap memberitahu akhbar The Business Times (BT), semalam.
Awal dari itu, laporan oleh The Information berkata dua syarikat aplikasi itu sedang menjalankan rundingan untuk bergabung meskipun terdapat hambatan dalam merundingkan bagaimana membahagikan kuasa bagi mengawal firma yang sudah bergabung nanti.