Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gojek, SG Cares sediakan pengangkutan bersubsidi bagi jalani pemeriksaan kesihatan

Jul 29, 2019 | 08:54 AM



KELUARGA berpendapatan rendah serta warga emas di kawasan Bedok dan Jurong East berpeluang menaiki kereta pajak privet bersubsidi untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan prosedur perubatan di bawah satu skim baru, umum Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan Jin, Sabtu lalu (Julai 27). Skim Subsidi Pengangkutan Perubatan SG Cares-Gojek telah diumumkan oleh Encik Tan di satu acara makan malam bagi kawasan undi Kembangan–Chai Chee di bawah GRC Marine Parade, di mana beliau merupakan Anggota Parlimennya (AP). Skim tersebut merupakan satu kerjasama antara SG Cares – satu inisiatif nasional untuk membina sebuah masyarakat yang lebih penyayang dan inklusif – dengan syarikat gergasi asal Indonesia, Gojek, serta pusat sukarela lain, kumpulan masyarakat dan agensi perkhidmatan sosial. Subsidi pengangkutan itu merupakan masalah utama bagi penduduk yang menua kerana kebanyakan mereka perlu menjalani pemeriksaan atau prosedur perubatan, namun dihambat oleh keterbatasan pergerakan mereka. Skim itu akan diselenggarakan dua pusat sukarela – Pusat Khidmat Berbilang Loving Heart dan Khidmat Masyarakat Filos. Tiada butiran lanjut telah diberikan. Inisiatif tersebut bertujuan memberi para pemandu Gojek peluang membantu mereka yang memerlukan dan melakukan sesuatu untuk masyarakat, kata pengurus besar Gojek Singapura, Encik Lien Choong Luen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >