Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gojek tawar 2 baucar $15 setiap satu buat penumpang ulang-alik ke pusat vaksinasi

May 27, 2021 | 05:57 PM



FIRMA e-panggilan khidmat pengangkutan Gojek akan memberikan penggunanya dua baucar bernilai $15 setiap satu jika mereka ingin ke pusat vaksinasi Covid-19.



Baucar tersebut boleh digunakan bagi membuat tempahan pengangkutan dari atau menuju ke pusat vaksinasi merata pulau.



Tujuan ini diperkenalkan adalah bagi memastikan mereka yang memerlukan pengangkutan ke lokasi vaksinasi boleh memperolehinya, kata Gojek dalam satu kenyataan pada Khamis (27 Mei).



Sepasang baucar itu akan secara automatik ditambah pada akaun Gojek pengguna pada Khamis dan boleh digunakan hingga 31 Ogos.



Dengan setiap baucar, pengguna boleh menempah pengangkutan bersubsidi untuk mengambil mereka atau menghantar mereka ke pusat vaksinasi tertentu, poliklinik atau klinik. Baucar itu boleh digunakan antara Isnin hingga Ahad, dari 8 pagi hingga 8 malam.



Pengguna baru yang memuatturunkan aplikasi Gojek dan berdaftar dengan wadah ini antara Khamis dengan 31 Ogos akan juga menerima baucar dalam akaun Gojek mereka selain baucar potongan harga yang biasanya diberikan kepada semua pengguna baru.



Awal bulan ini, firma ini bekerjasama dengan Hospital Tan Tock Seng bagi mengagihkan baucar pengangkutan kepada pekerja hospital sebagai sebahagian inisiatif berterusan GoHeroes dalam menyokong pekerja jagaan kesihatan yang memastikan Singapura dijaga baik dan selamat di barisan hadapan.



Tahun lalu pula, Gojek memperluas penggunaan baucar pengangkutan buat semua sembilan hospital awam. Sebagai sebahagian inisiatif ini, ribuan pemandu yang bekerjasama dengan Gojek secara maya berikrar komitmen mereka bagi mengambil penumpang dari hospital dan memastikan pekerja jagaan kesihatan dapat terus ke tempat kerja atau pulang daripadanya dengan selamat.



Pengurus besar Gojek, Encik Lien Choong Luen, berkata:



"Vaksinasi adalah lapisan penting perlindungan kita dalam melawan Covid-19. Sedang kami secara aktif menggesa pemandu dan rakan kerjasama kami menjalani vaksinasi apabila giliran mereka tiba, kami juga ingin memastikan penumpang kami dapat membuat janji temu vaksinasi mereka dengan mudah juga, bagi meluputkan sebarang hambatan pengangkutan untuk mendapatkan vaksin."



Beliau juga berharap dengan kempen ini, lebih ramai orang akan menjalani vaksinasi di samping Gojek juga memainkan peranannya menyokong Singapura dalam perjuangan menentang pandemik ini.



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >