Golf amal AMP kumpul $144,000 untuk Kelab Heal
May 18, 2016 | 05:30 AM
SEKITAR $144,000 berjaya dikumpulkan untuk Kelab Heal dalam acara golf amal anjuran Angkatan Karyawan Islam (AMP) semalam.
Pertandingan yang diadakan sempena meraikan sambutan Jubli Perak AMP itu menyaksikan seramai 135 pemain golf beraksi dan menunjukkan kemahiran mereka di padang golf di Orchid Country Club.