Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Golongan belia semangat perjuang pelbagai isu, buat sumbangan bermakna: Presiden Halimah

Oct 31, 2021 | 05:30 AM



GOLONGAN belia hari ini bersemangat memperjuangkan pelbagai isu daripada perubahan iklim hingga ke kesihatan mental, dan mereka membuat sumbangan bermakna kepada masyarakat menerusi kreativiti, minat dan dinamisme mereka, kata Presiden Halimah Yacob.



Berucap di majlis ulang tahun ke-50 Gerakan Belia Persatuan Rakyat (PAYM) di Gardens by the Bay semalam, Puan Halimah berkata golongan belia adalah penting dalam pembangunan negara ini.



"Semangat dan dorongan anda dalam memperjuangkan pelbagai inisiatif dan menyokong isu sosial menerusi kerja sukarelawan telah membuat kelainan kepada orang lain.



"Sedang Singapura maju, saya gembira belia kita telah menjadi lebih komited untuk menyumbang kepada masyarakat agar tiada sesiapa ketinggalan di belakang. Ini adalah semangat gerakan Singapore Cares (SG Cares)," kata beliau.



Puan Halimah berkata PAYM telah berubah untuk memperkasa belia dengan peluang dan sumber bagi memperjuangkan isu yang dekat dengan hati mereka.



Ini dengan terus melakukan inovasi sebagai respons terhadap trend dan cabaran baru yang dihadapi belia dan masyarakat luas, kata beliau.



Di bawah kepimpinan Majlis PAYM dan sokongan 91 Rangkaian Belia, gerakan itu telah menjadi pertubuhan belia utama di Singapura yang menawarkan pelbagai program menarik dan bermakna.



Puan Halimah berkata beliau yakin PAYM akan terus menyokong golongan belia dalam memperjuangkan inisiatif untuk kebaikan masyarakat.



Salah satu contoh ialah kempen #PAYM50Green, di mana belia menyokong inisiatif nasional seperti Pelan Hijau Singapura untuk meningkatkan kesedaran tentang perubahan iklim dan kemampanan sekitaran.



Dengan ciri-ciri kreatif, semangat dan dinamisme, Puan Halimah berharap golongan belia akan terus memanfaatkan tenaga bersama mereka untuk menangani keperluan masyarakat.



"Saya berharap anda juga akan memanfaatkan kekuatan satu sama lain untuk menyediakan ekosistem sokongan sedang anda membangunkan daya usaha, idea dan rancangan anda.



"Kita boleh membentuk budaya mengambil berat tentang satu sama lain bermula dengan diri kita sendiri," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >