Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Golongan bergaji teratas alami kenaikan kos paling tinggi

Jul 26, 2022 | 05:30 AM



GOLONGAN keluarga berpendapatan 20 peratus teratas telah mengalami kenaikan kos barangan yang tertinggi disusuli dengan golongan berpendapatan pertengahan pada separuh pertama tahun ini.



Menurut perangkaan terkini Jabatan Statistik (Singstat) semalam, indeks harga pengguna (CPI) bagi golongan bergaji 20 peratus teratas di Singapura tumbuh sebanyak 6 peratus.



CPI bagi golongan pertengahan 60 peratus pula meningkat 4.9 peratus, sementara golongan isi rumah 20 peratus terbawah menyaksikan CPI tumbuh 4.2 peratus.



Secara keseluruhan, kadar inflasi meningkat sebanyak 5.2 peratus pada separuh pertama tahun ini berbanding tempoh setahun lalu.



Ini adalah lebih tinggi daripada kenaikan 3.1 peratus pada separuh kedua tahun lalu.



Kenyataan itu menjelaskan bahawa tidak termasuk kadar sewa bagi penginapan yang diduduki pemilik (OOA), kos barangan bagi golongan 20 teratas meningkat sebanyak 6.4 peratus.



Golongan berpendapatan pertengahan pula mengalamai kenaikan 5 peratus, manakala golongan bergaji 20 peratus terbawah, 4.1 peratus.



Menjelaskan lebih lanjut, Singstat berkata terdapat beberapa sebab mengapa isi rumah berpendapatan 20 peratus tertinggi di sini mengalami kos barangan tertinggi, tidak termasuk OOA.



"Ini disebabkan oleh kos kereta, minyak petrol dan khidmat pengangkutan lain yang lebih tinggi telah meninggalkan kesan lebih besar ke atas CPI berbanding dengan golongan lain, memandangkan barangan ini menyumbang sebahagian besar daripada perbelanjaan mereka," ujar kenyataan itu.



Pada separuh pertama tahun ini, penyumbang utama kepada kadar inflasi semua barangan ketiga-tiga jenis isi rumah adalah kereta, penginapan, makanan, petrol, elektrik dan khidmat pengangkutan lain.



Kenaikan harga bagi barangan ini sebahagiannya telah diimbangi dengan kos khidmat telekomunikasi lebih rendah, tambah kenyataan Singstat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >