Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Golongan bermasalah pendengaran boleh jalani ujian pengesanan di tiga klinik masyarakat dalam skim perintis

Oct 26, 2021 | 06:57 PM



INDIVIDU dengan masalah pendengaran boleh melalui ujian di tiga klinik masyarakat dan bukannya hospital dalam satu skim perintis yang memanfaatkan peralatan baru.



Aturan baru di Poliklinik Pioneer, Pusat Kesihatan Masyarakat Tiong Bahru dan Pusat Kondisi Tidur Hospital Besar Singapura (SGH) di Outram ini dibangunkan melihat pada kadar perangkaan masa kini yang menunjukkan ramai orang mungkin menghadapi masalah pendengaran yang berkurangan.



Menurut Projek Silver Screen, rejim pemeriksaan kesihatan serata negara bagi warga emas di Singapura, dianggarkan 320,000 warga emas menghadapi masalah pendengaran yang ketara.



Klinik-klinik ini memudahkan orang ramai mendapatkan bantuan daripada pakar audiologi kerana mereka memerlukan hanya rujukan daripada doktor awam.



Buat masa ini, mereka yang dirujukkan ke hospital perlu menjalani ujian sebelum dirujukkan kepada pakar audiologi bagi janji temu berasingan.



Alat baru yang dimaksudkan dalam projek perintis ini dihasilkan pasukan berbilang disiplin daripada Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS), Hospital Besar Singapura (SGH) dan Universiti Nasional Singapura (NUS) bagi Cabaran Inovasi Nasional Terhadap Penuaan Aktif dan Berkeyakinan, Kementerian Kesihatan (MOH).



Ia berfungsi dengan gabungan peralatan ujian dalam telinga, 'muffler' bagi penebatan bunyi bising dan audiometer bagi mengukur kadar kurangnya pendengaran.



Sebelum alat ini digunakan bagi ujian, satu aplikasi iOS akan digunakan bagi memastikan bunyi bising sekitar adalah pada tahap tidak menghalang bagi memastikan ketepatan ujian itu.



Dengan urusan baru ini, pakar perubatan boleh menjalankan penilaian pendengaran dalam ruang yang tidak ditebat bunyi.



Sebelum ini, ujian bagi kurangnya pendengaran perlu dijalankan dalam lingkungan bilik yang kalis bunyi di hospital dengan kosnya meningkat hingga $200,000 bagi kerja naik taraf.



Alat ini mengurangkan kos mengendalikan ujian mendengar kepada hanya $150 bagi semua peralatan yang diperlukan.



Ia mula digunakan di Poliklinik Pioneer pada Ogos tahun lalu sebelum diperkenalkan ke Pusat Kesihatan Masyarakat Tiong Bahru pada Januari dan SGH pada Julai.



Profesor William Hal Martin dari Sekolah Perubatan Yong Loo Lin di NUS yang memimpin usaha membangun alat baru itu, berkata: "Warga emas mungkin mengelakkan daripada jagaan berkaitan dengan pendengaran kerana prejudis budaya yang menentang penerimaan pendengaran yang berkurangan serta sulitnya mendapatkan jagaan menerusi sistem ini.



"Bagaimanapun, harapan bahawa dengan keberkesanan kos yang diperkukuh dan alat baru yang mudah dialihkan, kami dapat menjadikan jagaan pendengaran lebih mudah diperolehi."



Kewujudan klinik pendengaran masyarakat ini juga disejajarkan dengan strategi Singapura mengalih tumpuan daripada jagaan hospital.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >