Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Golongan Milenial paling optimistik atasi cabaran

Nov 17, 2020 | 05:30 AM



SEDANG orang ramai menangani implikasi kesihatan, sosial dan kewangan daripada Covid-19, golongan Milenial merupakan kumpulan umur paling optimistik di Singapura apabila ia melibatkan usaha mengatasi cabaran kini, menurut Indeks Optimisme UOB.



Indeks tersebut mengukur betapa prihatin pengguna tentang jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat, sekatan berterusan ke atas perhimpunan dan perjalanan, kesan ekonomi pandemik dan pandangan serta kesejahteraan kewangan peribadi mereka.



Menurut kenyataan UOB semalam, daripada skor maksimum iaitu 100, golongan Milenial mendapat skor 54.7, mendahului Generasi Z yang mencatatkan 52.5, kemudian Generasi X pada 51.0 berikutan dengan Baby Boomer pada 50.6.



Milenial paling yakin tentang kedudukan kewangan mereka dan percaya keadaan kewangan mereka akan lebih baik dalam setahun akan datang.



Mereka juga paling optimistik tentang kehidupan kembali seperti sebelumnya dan bahawa satu vaksin akan dibangunkan, justeru kurang risau berbanding generasi lain, menurut kenyataan itu lagi.



Satu isu yang mempunyai anggaran yang pelbagai daripada empat generasi tersebut adalah bila vaksin Covid-19 mungkin tersedia - satu pencapaian penting dalam peta jalan untuk mengawal pandemik tersebut.



Milenial mendahului kumpulan usia yang lain, dengan 53 peratus menjangka vaksin dalam 12 bulan, berbanding 47 peratus Baby Boomer.



Responden juga ditanya bila mereka jangka kehidupan akan kembali kepada keadaan sebelum Covid-19.



Sekali lagi, golongan Milenial mempunyai bahagian paling tinggi responden yang menawarkan ramalan optimistik, dengan 61 peratus menjangka kehidupan kembali kepada biasa sebelum Covid-19 dalam 18 bulan akan datang, mendahului Baby Boomer iaitu pada 53 peratus.



Dari segi kesejahteraan kewangan peribadi, lebih separuh Milenial berkata mereka mungkin berada dalam kedudukan kewangan lebih baik dalam setahun akan datang, berbanding 47 peratus Generasi Z, 34 peratus Generasi X dan hanya 13 peratus Baby Boomer.



Milenial juga paling sedikit berasa risau tentang kehilangan pekerjaan mereka atau kemampuan membeli keperluan.



Keyakinan dalam masa depan ini telah membawa mereka kepada melabur lebih sewaktu pandemik ini, dengan satu dalam tiga mengatakan mereka telah meningkatkan pelaburan dan dua dalam lima merancang melakukan demikian dalam enam bulan akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >