Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Golongan muda akur bahaya rokok, tapi tertarik rokok elektronik

Jan 12, 2022 | 05:30 AM



GOLONGAN muda di Singapura tidak lagi melihat merokok sebagai sesuatu yang glamor dan sedar tentang bahayanya.



Tetapi mereka tertarik kepada rokok elektronik yang boleh diperolehi di sini walaupun sudah dilarang, kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Koh Poh Koon.



Bercakap di Parlimen, Dr Koh berkata Singapura terbuka untuk meneliti larangan kohort terhadap merokok dan akan mengkaji bagaimana melaksanakan larangan itu, keberkesanannya dan bagaimana pengalaman itu boleh dilaksanakan di sini.



Beliau berkata demikian bagi menjawab beberapa soalan yang ditimbulkan oleh Anggota Parlimen (AP) mengenai pengumuman baru-baru ini oleh New Zealand mengenai larangan kohort serta topik tidak menggalak merokok.



Pada Disember lalu, New Zealand mengumumkan rancangannya menaikkan usia yang dibenarkan merokok sebanyak setahun pada setiap tahun.



Ini sekali gus melarang penjualan tembakau kepada mereka yang dilahirkan selepas 2008.



Dr Koh berkata larangan kohort adalah menarik kerana ia mencegah orang muda daripada merokok sementara tidak mengenakan terlalu banyak sekatan ke atas perokok lebih berusia.



"Dan tentunya, selepas beberapa tahun, semakin banyak kohort akan bebas merokok,"tambah Dr Koh.



Bagaimanapun, beliau menarik perhatian di Singapura, orang muda umumnya tidak menjadi perokok, tidak seperti rakan sebaya di negara lain.



Menurut Dr Koh, cabaran lebih besar di sini sebaliknya ialah produk vape seperti rokok elektronik yang semakin popular, sedangkan ia tetap merupakan produk tembakau dan berbahaya kepada orang lain.



Dr Koh menambah meskipun dengan larangan ke atas rokok elektronik di Singapura, orang muda telah mencari cara mendapatkannya menerusi dalam talian.



"Kita perlu melakukan lebih banyak bagi menguat kuasa larangan yang ada sekarang, melawan arus populariti dan penggunaan yang meningkat.



Beliau menarik perhatian bahawa New Zealand mempromosikan vape sebagai alternatif kepada merokok.



"Jika penggunaan vape menjadi lazim dalam kalangan generasi muda, ia akan menghapuskan kemajuan yang kita capai dalam menyekat merokok dan akan memerlukan usaha besar selama beberapa tahun bagi menyekat penggunaannya."



Keberkesanan larangan kohort ini juga bergantung kepada penguatkuasaan, kata Dr Koh.



Singapura perlu memperkenalkan undang-undang untuk menghukum orang lebih berusia yang tidak dikenakan larangan, tetapi mungkin melakukan kesalahan bersubahat dengan membekalkan produk tembakau kepada kohort yang terjejas.



Kementerian Kesihatan akan meneliti cara-cara baru bagi mengurangkan akses kepada produk tembakau dan menangani penggunaan vape, khususnya dalam dalam kalangan orang muda, kata Dr Koh.



Ia juga akan terus merangsang pendekatannya terhadap kawalan tembakau menerusi pendidikan awam, peruntukan khidmat penghentian merokok, pengawalan dan cukai.



Langkah mengawal tembakau sedemikian telah menunjukkan hasil di negara ini, tambah Dr Koh.



Kadar merokok di Singapura terus merosot daripada 11.8 peratus pada 2017 kepada 10.1 peratus pada 2020.



Langkah paling berkesan ialah cukai eksais tembakau, yang kali terakhir dinaikkan pada 2018.



"Dengan inflasi dan pendapatan meningkat, bebanan cukai terhakis dan kami akan terus bekerjasama dengan Kementerian Kewangan untuk menyemak semula kadar cukai tembakau," tambah Dr Koh.




"Jika penggunaan vape menjadi lazim dalam kalangan generasi muda, ia akan menghapuskan kemajuan yang kita capai dalam menyekat merokok dan akan memerlukan usaha besar selama beberapa tahun bagi menyekat penggunaannya."
- Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Koh Poh Koon.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >